Boss MBI ditahan di Thailand, disyaki gubah wang haram

Boss MBI ditahan di Thailand, disyaki gubah wang haram

Polis daerah Sadao, Thailand menahan seorang ahli perniagaan Malaysia kerana didakwa terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram menerusi perjudian dalam talian, di selatan negara itu.

Teow Wooi Huat, 55, juga dikenali sebagai Tedy, ditangkap di ibu pejabatnya, Kumpulan MBI di Dan Nok berhampiran pusat pemeriksaan sempadan di daerah Sadao di wilayah selatan, awal pagi Jumaat, menurut laporan Bangkok Post.

Penolong Ketua Polis Thailand, Surachate Hakparn berkata, Teow didakwa melakukan pengubahan wang haram berhubung perjudian dalam talian di selatan negara itu.

Penahanan itu dibuat selepas siasatan dilakukan terhadap aktiviti perjudian dalam talian di Songkhla, Nakhon Si Thammarat dan wilayah selatan lain yang didapati ada kaitan dengan lelaki itu.

Ahli perniagaan itu adalah pengasas Kumpulan MBI, yang mengendalikan kompleks hiburan, termasuk resort, di 100-rai di Dan Nok.

MBI International Sdn Bhd miliknya juga menjalankan beberapa perniagaan di Malaysia. Beliau pernah ditahan pada 2017 oleh pihak berkuasa Malaysia atas tuduhan dadah.

Menurut laporan South China Morning Post, tahun lalu, Teow didakwa dikehendaki berhubung penipuan pengubahan wang haram bernilai USD83 juta, di Macau.

Polis yakin Teow merupakan dalang di sebalik sindiket penipuan orang ramai di Macau supaya melabur dalam syarikat yang tidak wujud.

Pelaburan itu ditapis melalui beberapa siri akaun sebelum akhirnya digunakan untuk membeli hartanah mewah di Malaysia dan Thailand serta pelaburan dalam mata wang kripto, kata polis. FMT

Boss MBI ditahan di Thailand, disyaki gubah wang haram


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Siakap kayangan RM90 seekor, pemilik restoran dikenakan kompaun

Pengerusi tahfiz dikecam buat kenyataan bercanggah terhadap mangsa rogol bawah umur

MasyaAllah saya langsung tidak ingat apa-apa – Aprena Manrose

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker