Dakwaan rasuah dalam Kerajaan DAP P. Pinang oleh SPRM buat Guan Eng melenting

GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diingatkan jangan bermain politik apabila mengemukakan “dakwaan tidak disokong pembuktian’ berhubung situasi rasuah membimbangkan dalam kerajaan Pulau Pinang, kata Lim Guan Eng.

Pengerusi DAP yang juga bekas ketua menteri selama dua penggal itu, berkata Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki seperti terjebak dalam politik susulan hanya menyebut Pulau Pinang berbanding kerajaan negeri lain.

Semalam, dalam wawancara bersama radio Mutiara.fm, RTM Pulau Pinang, Azam memaklumkan sebanyak 919 aduan diterima membabitkan menerima suapan, salah guna kuasa dan tuntutan palsu, sejak 2019.



Bagaimanapun, Lim menggambarkan kenyataan itu sebagai “sangat luar biasa”.

Walaupun kes dilapor tidak berlaku di era pentadbirannya, Lim berkata, aneh bagi Azam menyatakan rasuah penjawat awam Pulau Pinang membimbangkan “sejak 2019”, sambil menambah ketua pesuruhjaya SPRM itu “perlu mengemukakan bukti”.

Lim yang menjadi ketua menteri pada 2008 hingga 2018, berkata beliau meninggalkan pentadbiran yang mempunyai “rekod cemerlang anti rasuah”.

Beliau berkata, kerajaan negeri merupakan negeri pertama menerima pujian daripada Transparency International.



Katanya, ketua audit negara juga memuji kerajaan Pulau Pinang susulan urus tadbir baik untuk membasmi rasuah.

Lim juga merujuk Azam sebagai “berkhayal” kerana dakwaannya bahawa SPRM merupakan badan bebas, selepas Azam berkata agensi anti rasuah itu tidak sepatutnya diletakkan di bawah Parlimen atas alasan badan itu akan berada dalam kawalan ahli politik.

“Azam sangat naif untuk beranggapan rakyat terlalu mudah mempercayai bahawa di bawahnya, SPRM bebas menyiasat sesiapa sahaja dikehendakinya tanpa perlu meminta kebenaran sesiapa,” katanya.

“Sekiranya itu benar, mengapa hanya Ahmad Zahid Hamidi (presiden Umno) sahaja yang dituduh rasuah dan bukannya pemimpin Umno lain termasuk menteri seperti didedahkan Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) dalam isu buku lejar?” soalnya.



Lim mendakwa, SPRM membenarkan mereka digunakan sebagai senjata politik terhadap pemimpin pembangkang dengan membuat ugutan mengenakan kes sekiranya tidak menyokong kerajaan hari ini.

“Kes berkenaan secara magis lesap apabila Ahli Parlimen pembangkang berpaling tadah,” katanya.

“Tiada tindakan diambil membabitkan isu pemilikan sahamnya. Selagi mana Azam berada di sana, SPRM bukan membawa penyelesaian kepada masalah bahkan kini merupakan masalah.

“Satu-satunya jalan supaya SPRM bebas adalah meletakkannya di bawah Parlimen, bukan Jabatan Perdana Menteri.”



 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker