Yayasan Peneraju Tawar Peluang Pembiayaan Pendidikan & Penempatan Pekerjaan

Yayasan Peneraju Tawar Peluang Pembiayaan Pendidikan & Penempatan Pekerjaan

Dalam era globalisasi ni, kita harus sentiasa bergerak seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara. Ini termasuklah membina generasi masa hadapan melalui pendidikan dan kepakaran agar mampu melahirkan lebih ramai tenaga kerja profesional dan mahir.

Bagi menyokong usaha ini, Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju), sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) tampil menawarkan pelbagai program pembiayaan akademik (Peneraju Tunas), pensijilan TVET (Peneraju Skil), profesional (Peneraju Profesional), teknologi (Peneraju Teknologi) dan spesialis (Peneraju Spesialis).



Untuk pengetahuan korang, objektif Yayasan Peneraju adalah untuk meningkatkan kualiti, kuantiti dan kerelevanan bakat Bumiputera selaras dengan usaha kerajaan untuk memacu Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi.

Tahu tak, dah ramai yang telah ditaja oleh Yayasan Peneraju. Dah lebih 50,000 individu dari pelbagai segmen Bumiputera di seluruh Malaysia termasuk kumpulan B40, M40, luar bandar dan terpinggir berjaya melanjutkan pendidikan demi merealisasi aspirasi mereka.

Pembiayaan yang ditawarkan pula adalah bersifat penuh atau separa. Syarat kelayakan paling minimum pun sekadar sijil PT3 sahaja!

Tapi, syarat adalah berbeza bagi setiap program. Apa yang menarik, kebanyakan program pembiayaan dipakejkan sekali dengan penempatan pekerjaan tau! Jadi, korang tak perlu risau untuk cari kerja lepas tu.



Bukan sahaja beri bantuan kewangan, Yayasan Peneraju juga memastikan penerima faedah mereka dilengkapkan dengan kemahiran insaniah dan sahsiah di samping kemahiran serta ilmu teknikal yang diperlukan oleh pasaran demi meningkatkan kadar kebolehpekerjaan.

Berikut ialah antara beberapa program pembiayaan di bawah Peneraju Skil yang boleh dimohon mengikut kelayakan dan minat korang.

1. Untuk Lepasan Sekolah

Lepasan PT3/SPM yang berumur 18 – 25 tahun



Program
Boilerman
Industrial Automation

2. Untuk Lepasan SKM dan Pelajar Tahun Akhir IPT

SKM Level 3 atau Pelajar tahun akhir Diploma/Ijazah Sarjana Muda yang berumur 18 – 25 tahun

Program



Professional CSWIP 6GC Welder
Safety Health Officer

3. Untuk Siswazah

Lepasan Diploma/Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang berumur 19 – 35 tahun dengan pengalaman kerja 3 tahun ke bawah

Program:



Agriculture Drone Technology Program
AI Driven UAV Inspection Technology for Infrastructure and Asset
Automotive Industrial Certification Engineering – Digital Engineering Prototyping
Drone Technology
Electrical Machine Maintenance with IoT
Expert Craftsman in Automotive Hybrid Technology
Expert Craftsman in Machining Integrated Tooling Process
Expert Craftsman in Mechatronic – Electrical / Electronic Engineering
Expert Craftsman in Mechatronic – Mechatronic System
Expert Craftsman in Mechatronic – Pneumatics / Electropneumatics
Expert Craftsman Integrated Fixture Machining Process
Expert Craftsman Mechatronic – PLC Technology
Expert Mechatronic Integrated System (EMIS)
Grid Connected Photovoltaic (GCPV) Installation and Maintenance
Grid-connected Photovoltaic (GCPV) System Installation and Maintenance with Internet of Things (IoT)
Halal Technical Expert (HTEX)
Injection Moulding Machine Programming
Intelligent Sensors Technology and Monitoring
Multi Axis CNC Machine Process and Programming
Oil Palm Plantation Technology & Management
Safety & Health with Aerial Monitoring (SHOAM)
Siemens PLC Programming with IoT Integration
Solar PV Professional (Solar)

4. Bagi Individu Bekerja/Tidak Bekerja

Sedang bekerja/diberhentikan kerja yang berumur 21 – 45 tahun dengan pengalaman kerja 3 tahun ke atas

Program



CSWIP Blasting & Painting Senior Operator
BGAS CSWIP Painting Inspector Grade 2
Oil & Gas Talent Acceleration – Scaffolding Level 3
Welding Inspector Level 1 (CSWIP 3.0)
Welding Inspector Level 2 (CSWIP 3.1)
Welding Inspector Level 3 (CSWIP 3.2)

Tarikh tutup permohonan: Dibuka sepanjang tahun 2022 and 2023

Skop pembiayaan: Yuran latihan, pensijilan dan peperiksaan, elaun, penginapan, pengangkutan, makan & minum, Program Pemupukan & Pembangunan dan bantuan kewangan sekali beri (bagi individu bekerja/tidak bekerja sahaja)

Untuk maklumat lanjut mengenai program-program di atas, korang boleh layari https://yayasanpeneraju.com.my/program/peneraju-skil/ atau ikuti laman media sosial Facebook, Twitter, Instagram dan LinkedIn @YayasanPeneraju.

Nota: Terma & syarat dan skop pembiayaan adalah berbeza mengikut program. Maklumat adalah sahih ketika artikel ini disiarkan dan tertakluk kepada perubahan tanpa notis. OB

Yayasan Peneraju Tawar Peluang Pembiayaan Pendidikan & Penempatan Pekerjaan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu dan anak terbabas dalam lubang kabel bawah tanah di Jalan AU3 Setiawangasa [VIDEO]

Enam wanita gedik berjoget tiba-tiba ditelan bumi [VIDEO]

Pelakon ditipu artis veteran tuntut RM8.58 juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker