Firdaus Wong mengecam sekeping gambar daripada 8 kemaluan yang ditunjukkan

TENOM: Satu hantaran bertarikh 26 Jul 2021 di media sosial oleh saksi pertama dalam perbicaraan gangguan seksual Ebit Lew, tidak merujuk kepada pendakwah itu.

Presiden pertubuhan bukan kerajaan Multiracial Reverted Muslims (MRM) Firdaus Wong Wai Hung, 39, yang juga seorang pendakwah, memberi keterangan sebagai saksi ketiga dalam perbicaraan itu memberitahu Mahkamah Majistret di sini, hantaran menerusi akaun Facebook Akhi Fairuz Al-Jengkawi milik saksi pertama, Mohd Fairuz Abu, 37, hanya meletakkan pendakwah selebriti terkenal.

“Selain itu, kami menerusi sayap wanita MRM juga sedang mengendalikan beberapa kes melibatkan individu-individu yang berpengaruh dalam masyarakat. Majoriti mangsa yang mengadu tidak tahu dan takut untuk mendapatkan keadilan.

“Maka, posting (kiriman) itu tidak merujuk kepada Ebit Lew sahaja kerana sehingga kini menerusi sayap wanita MRM masih menerima kes-kes lain yang berprofil tinggi,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria, hari ini.

Wong memberitahu, hantaran itu dibuat oleh Fairuz menerusi akaun Facebook miliknya selepas mereka berbincang bahawa terdapat wanita lain yang telah mengadu kepada mereka mengenai gangguan seksual oleh Ebit Lew.

“Maka kami menawarkan, jikalau ada wanita di luar yang menjadi mangsa seksual atau gangguan seksual, untuk tampil ke hadapan tanpa perlu risau,” katanya.

Zahida: Adakah kamu tahu bagaimana permulaan pengadu (mangsa), membuat aduan kepada Mohd Fairuz?.

Wong: Ya, saya tahu bagaimana permulaan pengadu membuat aduan kepada Akhi Fairuz (Mohd Fairuz) iaitu selepas beliau (pengadu) melihat satu kiriman oleh Mohd Fairuz, pengadu telah berhubung dengan Akhi Fairuz menerusi telefon (aplikasi) Whatsapp.

Zahida: Apa kiriman yang kamu maksudkan?

Wong: Kiriman yang saya maksudkan adalah satu kiriman di Facebook.

Zahida: Kamu boleh ingat apakah kandungan kiriman tersebut?

Wong: Antara isi kandungan kiriman yang saya ingat adalah berkaitan kesediaan, kesanggupan dan penawaran dari Akhi Fairuz untuk membantu mangsa-mangsa gangguan seksual.

Wong turut mengecam sekeping gambar daripada lapan gambar kemaluan lelaki yang dikongsi oleh Mohd Fairuz, yang menerima gambar berkenaan daripada pengadu.

Lew, 37, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun tahun lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani bersambung pada 20 hingga 22 Dis depan.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker