Kes Zayn Rayyan: Mayat dibuang waktu hujan lebat

Kes Zayn Rayyan: Mayat dibuang waktu hujan lebat

Klang: Petunjuk yang diperoleh pihak polis setakat ini menjurus kepada seorang individu yang mungkin disyaki terbabit dalam kes kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, pada 6 Disember lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata, siasatan masih dijalankan secara menyeluruh daripada pelbagai sudut bagi memperoleh fakta dan maklumat yang tepat berhubung kes terbabit.

“Dengan kesan itu (pada leher dan badan mangsa) kita percaya seorang individu. Kita tengok semua sudut, semua ‘database’ polis dan juga ‘mass screening’.

“Kita harap boleh dapat petunjuk positif sehingga boleh tangkap penjenayah ini, buat masa ini petunjuk yang ada ini menjurus kepada seorang individu.

“Banyak persoalan yang perlu dijawab, cuma kita perlu fakta yang boleh menjawab soalan itu, jadi kita sama-sama berdoa agar kita boleh tangkap penjenayah itu.

“Kita tidak mahu bekerja dalam spekulasi, jadi beri ruang untuk polis bekerja dengan fakta,” katanya ketika diminta mengulas perkembangan kematian kanak-kanak itu.

Beliau ditemui pemberita di perkarangan Istana Alam Shah di sini selepas Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ke 78 di sini, hari ini.

Hussein berkata, proses penelitian video kamera papan pemuka (dashcam) setiap kenderaan penduduk di kawasan berkenaan masih berjalan bagi membantu siasatan.

Mengulas lanjut katanya, siasatan mendapati berkemungkinan mayat kanak-kanak itu dibuang pada waktu petang di kawasan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai.

“Pada pagi hari yang sama, kita ada buat pencarian tetapi tidak jumpa. Jadi (kita buat pencarian lagi) kita jumpa mayat mangsa pada malam. Kemungkinan (mayat mangsa dibuang) petang sewaktu hujan lebat. Kita percaya pada petang itu.

“Kita tidak jumpa lagi barang yang boleh menjurus kepada penjenayah, kita masih berusaha untuk mencarinya,” katanya.

Dalam pada itu katanya, siasatan polis juga tertumpu kepada stor yang terletak 50 meter dari kediaman mangsa bagi mengenalpasti individu yang kerap berada di lokasi berkenaan.

“Kita hendak melihat ataupun menyiasat siapa yang selalu berlegar di situ, stor ini untuk penyimpanan barang-barang lusuh dan juga barang-barang kitar semula, jadi adakah kemungkinan penjenayah ada pernah ke situ, kita (mahu) lihat (padanan) cap jari di situ.

“Sebab itu saya kata siasatan ini terbuka dan kita melihat dari pelbagai sudut, sama ada daripada dalam kawasan atau luar kawasan itu. Kita tidak mahu terlepas mana-mana sudut dalam siasatan ini. Stor berkunci dan ada penjaga,” katanya.

Mengulas mengenai Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S) yang membawa gelaran Datuk yang diterima beliau hari ini katanya, penganugerahan itu adalah penghargaan kepada seluruh warga Polis Kontinjen Selangor serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Anugerah ini penghargaan kepada saya secara peribadi tetapi saya ingin berkongsi anugerah ini bersama seluruh Polis Kontinjen Selangor yang bertungkus-lumus setiap hari menjaga keamanan ketenteraman dan juga dalam menyelesaikan isu jenayah dan bencana di Selangor termasuk dua bencana besar yang berlaku di Selangor termasuk tragedi Batang Kali serta pesawat terhempas di Elmina,” katanya. HM

Kes Zayn Rayyan: Mayat dibuang waktu hujan lebat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bila-bila masa bom jangka boleh meletup

Padu teguran David Teo kepada BCL

Kim Jong-un menangis rayu kaum wanita lahirkan anak

Minta maaf atau disaman, Syura Badron dah tak tahan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker