Lelaki rentung kereta terbakar selepas nahas dengan lori tanah

Lelaki rentung kereta terbakar selepas nahas dengan lori tanah

Lelaki rentung kereta terbakar selepas nahas dengan lori tanah
Lori dan kereta terbakar dalam nahas di Jalan Miri By Pass pagi tadi yang menyebabkan seorang lelaki rentung. – Foto BOMBA

MIRI: Seorang lelaki rentung dalam nahas membabitkan sebuah lori membawa muatan tanah dan sebuah kereta di Jalan Miri By Pass, di sini pagi tadi.

BERNAMA melaporkan, mangsa berusia 40 tahun itu ditemukan rentung di dalam kenderaan kereta jenis Subaru BRZ yang terbakar akibat kemalangan yang dilaporkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), kira-kira jam 9.30 pagi,

Terdahulu, JBPM Sarawak memaklumkan, nahas mengakibatkan mengakibatkan kedua-dua kenderaan terbakar, dengan ada mangsa terperangkap dalam kereta.

“Panggilan kecemasan diterima pada jam 9.31 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng bergegas ke lokasi kejadian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Agama Bukan Alat Untuk Raih Sokongan Politik Murahan – Shaiful Hazizy


“Setibanya pasukan di lokasi, lori berkenaan didapati terbakar 100 peratus di bahagian hadapan, manakala kereta pula musnah sepenuhnya akibat kebakaran,” katanya.

Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala pemandu lori dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan. Setakat ini, identiti mangsa rentung belum dikenal pasti.

Khidmat lori lain turut digunakan bagi mengalihkan lori tanah berkenaan untuk memudahkan kerja menyelamat sebelum operasi tamat pada jam 10.59 pagi.

Lelaki rentung kereta terbakar selepas nahas dengan lori tanah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Melaka Rintis Kampung Digital, Terjemah Keupayaan UMNO Realisasikan Pentadbiran

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker