2 maut, 2 cedera nahas kereta dan van di Kuala Kangsar
2 maut, 2 cedera nahas kereta dan van di Kuala Kangsar

IPOH: Dua wanita warga emas maut, manakala dua lagi cedera dalam nahas membabitkan kereta dan van di Jalan Lama Hala Kati, Kampung Lubok Chapin dekat Kuala Kangsar hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian pada jam 2.38 petang, sebelum pihak bomba tiba di lokasi pada 3.03 petang.
“Hasil pemeriksaan mendapati dua wanita yang menaiki Perodua Myvi masing-masing berumur 67 dan 69 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).
“Dua mangsa menaiki van Nissan Vanette iaitu seorang wanita berusia 60 tahun dan seorang lelaki berumur 29 tahun mengalami kecederaan selepas tersepit dalam kenderaan itu,” katanya.
Beliau berkata mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Kangsar.
Operasi menyelamat tamat pada 4.09 petang.
2 maut, 2 cedera nahas kereta dan van di Kuala Kangsar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Terima Hampir 6,300 Permohonan Masuk Semula, Termasuk Hishammuddin Dan Khairy
- ‘Jangan Hampakan Harapan Rakyat Untuk Lihat UMNO Dominan Semula’
- UMNO Sabah Sambut Baik Penyerahan Projek Air RM4 Bilion, Selari Semangat Autonomi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Melaka Rintis Kampung Digital, Terjemah Keupayaan UMNO Realisasikan Pentadbiran
You must be logged in to post a comment.