Terjatuh atas kapal kargo di laut, kru warga Vietnam cedera kepala diselamatkan Maritim Malaysia

Terjatuh atas kapal kargo di laut, kru warga Vietnam cedera kepala diselamatkan Maritim Malaysia

Terjatuh atas kapal kargo di laut, kru warga Vietnam cedera kepala diselamatkan Maritim Malaysia
Seorang kru warga Vietnam mengalami kecederaan serius pada kepala selepas dilaporkan terjatuh di atas sebuah kapal kargo di perairan timur laut Pulau Lakei, hari ini. – Foto ihsan Maritim Malaysia

KUCHING: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sarawak menjalankan operasi pemindahan perubatan (MEDEVAC), malam ini, bagi menyelamatkan seorang kru warga Vietnam yang mengalami kecederaan serius pada kepala selepas dilaporkan terjatuh di atas sebuah kapal kargo di perairan timur laut Pulau Lakei, di sini.

Pengarah Maritim Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairi Abd Aziz, berkata pihaknya bertindak pantas sebaik saja menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu dengan terus mengatur gerak aset ke lokasi bagi memastikan mangsa diberikan bantuan segera.

“Subpusat Penyelamat Maritim (MRSC) Kuching menerima maklumat kecemasan daripada ejen kapal sebelum aset Maritim Malaysia digerakkan serta-merta ke lokasi bagi melaksanakan operasi menyelamat dan memberikan bantuan perubatan segera kepada mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, mangsa dikenali sebagai Chu Van Thuy, 43, dilaporkan terjatuh di atas kapal kargo itu sekitar jam 6.15 petang menyebabkan mangsa mengalami kecederaan pada kepala.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Agama Bukan Alat Untuk Raih Sokongan Politik Murahan – Shaiful Hazizy


Katanya, kejadian berlaku ketika kapal itu berada kira-kira enam batu nautika timur laut Pulau Lakei.

Susulan itu, beliau berkata, operasi dijalankan segera sebelum mangsa selamat dibawa ke Jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) di Muara Tebas pada jam 9.45 malam.

“Setiba di jeti, mangsa diserahkan kepada pasukan perubatan Borneo Medical Center sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Keseluruhan operasi MEDEVAC disahkan selesai sepenuhnya pada jam 9.55 malam,” katanya.

Beliau sekali gus menegaskan komitmen berterusan Maritim Malaysia untuk sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi dalam menghadapi sebarang kecemasan di laut, terutama yang membabitkan keselamatan nyawa.

“Orang awam dan komuniti maritim turut dinasihat sentiasa mengutamakan aspek keselamatan ketika berada di laut serta segera melaporkan sebarang kecemasan melalui talian 999 atau Pusat Operasi Maritim Sarawak untuk tindakan pantas,” katanya.

Terjatuh atas kapal kargo di laut, kru warga Vietnam cedera kepala diselamatkan Maritim Malaysia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Melaka Rintis Kampung Digital, Terjemah Keupayaan UMNO Realisasikan Pentadbiran

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker