Farid banyak menangis, tak tunjuk masalah rumah tangga – Johan

Farid banyak menangis, tak tunjuk masalah rumah tangga – Johan

Pelakon Johan As’ari terkejut dengan kemelut rumah tangga yang melanda Farid Kamil dan isterinya, Diana Danielle sebaik selesai membawa mereka mengerjakan umrah di Makkah pada Februari lalu.

Johan atau sebenarnya, Johan Ariff As’ari, 37, mendoakan pasangan itu diberi peluang untuk menjernihkan semula hubungan, selain berharap tidak mengambil keputusan untuk berpisah.



“Semasa di Makkah, saya memang tidak tahu mereka ada masalah rumah tangga. Bagi saya, mereka kelihatan baik-baik sahaja dan nampak bahagia.

“Bila sudah balik ke Malaysia, saya memang terkejut bila dapat tahu hubungan mereka mempunyai masalah. Bagaimanapun, saya tetap mendoakan yang baik-baik.

“Saya berharap mereka tidak berpisah dan dapat berbaik semula. Saya sedih jika Farid dan Diana berpisah sebab saya adalah peminat mereka.

“Saya juga tidak menyangka dapat membawa mereka mengerjakan umrah tempoh hari,” katanya.



Ditanya mengenai keadaan Farid semasa mengerjakan umrah, Johan berkata, pelakon utama filem Anwar: The Untold Story itu sentiasa menangis dan kelihatan sebak.

“Semasa di sana, saya memang banyak habiskan masa menemani Farid. Saya bawa Farid melakukan tawaf dan saie.

“Ketika tawaf, Farid banyak menangis dan semasa saie pula masih sebak. Setiap rutin dilakukan itulah yang boleh ceritakan mengenai keadaan Farid.

“Masuk Raudah (taman syurga) di Masjid Nabawi pula, Farid tidak putus-putus solat. Selepas beri salam, Farid bangun solat dan menangis ketika sujud, saya berada di sebelahnya ketika itu,” katanya ditemui pada majlis pelancaran filem Tujuh Dua Belas di sebuah hotel, di sini, semalam.



Dalam masa sama, Johan berkata, Farid adalah suami yang baik dan sentiasa menjaga nama baik keluarganya.

“Farid sangat menjaga keluarganya. Saya tidak pernah dengar sedikit pun merendahkan isterinya, malah sentiasa memujinya di hadapan saya. Dia suami yang bagus dan sangat menjaga nama keluarga,” katanya. BH

Farid banyak menangis, tak tunjuk masalah rumah tangga – Johan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak

Rahim Maarof koma dalam ICU



Luke Shaw peluk Islam?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker