Oppo Reno8 T bermula RM1,399

Oppo Reno8 T bermula RM1,399

OPPO memperkenalkan siri baharu bagi Reno iaitu OPPO Reno8 T di pasaran Malaysia pada harga bermula dari RM1,399.

OPPO Reno8 T mempunyai dua pilihan iaitu Reno8 T 5G dan Reno8 T 4G yang menawarkan rupa bentuk premium serba baharu.



“Orang ramai boleh membuat tempahan untuk Reno8 T 5G bermula dari hari dalam dua warna iaitu Sunrise Gold and Midnight Black pada harga RM 1,799.

“Manakala bagi Reno8 T 4G akan tersedia dalam warna Sunset Orange dan Midnight Black pada RM 1,399,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengeluar telefon pintar dari China itu turut menyatakan pembelian menerusi pra tempahan layak untuk menerima hadiah percuma bernilai RM 377.

Hadiah percuma merangkumi Enco Buds2, perlindungan kerosakan skrin 1 tahun, dan waranti lanjutan satu tahun dan tempahan boleh dibuat di semua MY OPPO Space, Kedai Jenama OPPO, Kedai Atas Talian Rasmi OPPO, Rakan e-Dagang dan pengedar sah.



Reno8 T 5G mengimplementasikan Kamera Potret 108MP OPPO yang pertama, juga menampilkan Lensa Mikro 40x dan sebuah Kamera Kedalaman 2MP bersama dengan Kamera Swafoto 32MP untuk pengalaman fotografi yang dipertingkatkan sepanjang masa.

Dengan menggunakan teknologi binning NonaPixel Plus dan algoritma Resolusi Super Potret AI OPPO, Kamera Potret 108MP menangkap imej maha jelas, beresolusi tinggi dalam sebarang senario, memberikan pengguna lebih banyak kemungkinan dalam proses pemangkasan dan penyuntingan gambar.

Dilengkapi dengan ciri pembesaran sehingga 40 kali ganda, Lensa Mikro juga menawarkan butiran luar biasa kepasa para pengguna apabila menerokai dunia mikroskopik yang melangkaui pandangan mata kasar.

Pada varian 4G pula, OPPO menyediakan Kamera Potret 100MP, yang ditampilkan bersama Kamera Swafoto 32MP dan Lensa Mikro 2MP dengan pembesaran 20x atau 40x.



Masih setia mengekalkan identitinya iaitu Pakar Potret, siri Reno8 T turut menyediakan pelbagai fitur potret, termasuklah HDR Swafoto, Potret Suar Bokeh, setiap satunya bakal memperkasakan para pengguna dengan kebolehan penangkapan foto berkualiti profesional yang menyerlahkan gaya dan kreativiti mereka yang tersendiri.

Bagi varian 5G untuk siri ini, ia menawarkan yang terbaik dalam rekaan visual, keselesaan fizikal, dan tontonan kandungan dengan skrin melengkung 120Hz 3D dan kerangka belakang 3Dnya.

Menampilkan lengkungan 56 darjah yang tepat dan ketinggian arka sebanyak 1.9 mm, Skrin Melengkung 3D 120Hz tahap andalan mencapai keseimbangan sempurna di antara memberikan pengalaman visual yang mengasyikkan dan cengkaman yang selesa sambil mengurangkan salah sentuh skrin dan meminimumkan kerosakan skrin.

Paparan besar AMOLED bersaiz 6.7-inci dengan nisbah skrin-ke-badan 93% dan bezel bawah bersaiz 2.32 mm juga memastikan lebih banyak pengalaman mengasyikkan bagi pengguna apabila melibatkan sebarang kandungan.



Siri baharu OPPO ini juga turut menambahbaik pengecasan kilat dan bateri, memberikan Reno8 T 5G mampu dicas sehingga 100 peratus dalam 44 minit menggunakan 67W SUPERVOOCTM, manakala pengecasan 5 minit sudah cukup untuk membolehkan anda menikmati 5.59 jam panggilan telefon atau 3.56 jam video.

Reno8 T 4G pula menampilkan bateri 5,000mAh dan teknologi pengecasan 33W SUPERVOOCTM, Reno8 T boleh dicas sehingga 100 peratus dalam 67 minit atau menawarkan 2.01 jam waktu berbual dengan hanya 5 minit cas.

Dari segi storan, telefon pintar ini mempunyai 8GB RAM serta 128GB ROM sebagai spesifikasi standard, dengan pilihan untuk memperkembangkan RAM sehingga 8GB RAM menggunakan teknologi Penambahan RAM OPPO.

Turut dilancarkan adalah OPPO Enco Air3 yang mempunyai reka bentuk penutup sarung jeli yang dipertingkatkan.



Enco Air3 memperkenalkan pod pengecas magnet terbuka-lebar 110 darjah untuk memberikan pengguna fleksibiliti yang lebih baik dan mudah menanggalkan serta menggantikan fon telinga dengan satu tangan.

Dilengkapi dengan Alive Audio serba baharu OPPO untuk fon telinga OPPO, Enco Air3 memberikan pengalaman audio yang lebih mendalam.

Oleh kerana OPPO Alive Audio dikendalikan cip fon telinga secara bebas, anda boleh menikmati audio surround sound 3D gred pawagam ini dengan mana-mana telefon pintar.

Kualiti audio yang luar biasa memerlukan perkakasan yang berkuasa dengan fon telinga Enco Air3 kini dilengkapi dengan pemproses isyarat digital (DSP) buat kali pertama.



Enco Air3 berharga RM 249 dan didatangkan dalam warna Putih. BH

Oppo Reno8 T bermula RM1,399

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Diserbu ketika berbogel dalam kereta punca remaja kemalangan

Siapa menantu yang Anwar sebut – Puad

Zarina Anjoulie ‘hancur’, padam gambar tunang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker