Siapalah Yang Tergamak Buat Mahathir Marah

Siapalah Yang Tergamak Buat Mahathir Marah

Siapalah Yang Tergamak Buat Mahathir Marah

Dr. Mahathir sekali lagi mendakwa tuduhan bahawa beliau mencuri berbilion ringgit duit kerajaan sebagai fitnah.

Beliau mendakwa, pihak berkenaan tidak dapat memberikan bukti terhadap tuduhan yang dilemparkan, justeru anaknya diseret dalam dakwan tersebut.



Mantan perdana menteri membidas pihak terbabit untuk tidak berlagak seperti nabi namun realiti bersikap seperti setan.

“Cakap tidak serupa bikin.”

“Tidak dapat tanduk telinga dipulas.”

“Tidak dapat saya, kacau anak saya.”



“Jangan cakap seperti nabi, buat seperti setan.”

“Yang menuduh sehingga sekarang tidak dapat bukti saya curi duit.”

“Saya bagi masa untuk tunjuk bukti.”

“Diminta dua minggu untuk tunjuk bukti.”



“Sekarang lebih satu tahun, tidak tunjuk bukti.”

 

“Tuduhan ini adalah fitnah.”

“Kenapa fitnah saya?”

“Kerana benci saya…”



“Wah sekarang jangan tunjuk benci, kata sipolan.”

 

“Tetapi kaki benci ialah orang yang suruh kita jangan cakap benci,” dakwa Dr Mahathir.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menerima pengisytiharan harta daripada dua anak Dr Mahathir.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata, dua anak Dr Mahathir iaitu Mirzan dan Mokhzani telah melakukan pengisytiharan harta mengikut masa yang telah ditetapkan.



Pihaknya kini sedang melaksanakan siasatan dan pelarasan berhubung pengisytiharan itu dengan pihak peguam.

 

Mirzan dan Mokhzani diarahkan SPRM pada Januari mengisytiharkan aset mereka sejak 1981.

Ketika itu Dr Mahathir menjadi perdana menteri.

Kemudian mereka telah menerima dua tempoh lanjutan berbanding tarikh akhir asal pada Februari.



Kedua-dua anak Dr. Mahathir sebelum ini mendakwa siasatan terhadap mereka adalah untuk menentukan sama ada bapa mereka telah menyalahgunakan kuasanya sebagai perdana menteri.

Dengan tujuan untuk memperkayakan mereka.

Baru Isytihar Harta, Belum Siasat Pun, Kenapa Nak Marah?

Maksudnya, Mirzan Mokhzani baru selesai mengisytiharkan harta sebagaimana yang diarahkan oleh SPRM.

Dan pihak SPRM baru hendak menyemak kesahihan pengisytiharan harta yang dibuat oleh mereka.

Dalam artikata lain, mereka belum lagi dipanggil untuk soal siasat.

Kenapa pula mereka mendakwa ianya bertujuan untuk menyiasat sama ada Dr Mahathir ada salah guna kuasa, sedangkan siasatan belum lagi dijalankan.

Dan kenapa pula Dr Mahathir melenting kalau tidak ada apa yang hendak disembunyikan.

Sabar, kerana sabar itu indah Tun M.

 

Siapalah Yang Tergamak Buat Mahathir Marah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kerajaan Melaka Mesti Tegas Melakukan Pembersihan Di Institusi Agama Negeri


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Surat Boikot PRK PN Mula Beri Kesan Di Mahkota

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker