Kes mayat wanita reput di Ipoh, teman lelaki mangsa ditahan

Kes mayat wanita reput di Ipoh, teman lelaki mangsa ditahan

IPOH: Seorang lelaki warga tempatan ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kes pembunuhan seorang wanita yang ditemui Rabu lepas dalam keadaan reput di kawasan semak berhampiran persimpangan lampu isyarat di Jalan Tambun, di sini.

Ketua Polis Perak, Yusri Hassan Basri berkata, lelaki berusia 24 tahun yang juga teman lelaki mangsa itu ditahan dengan beberapa barang kes berkaitan kejadian itu di sebuah rumah di Taman Bersatu, Simpang Pulai, dekat sini, Khamis lalu.



“Pihak polis telah menjalankan siasatan bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, setelah hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian mangsa disebabkan kesan dicekik pada bahagian leher.

“Dengan tertangkapnya suspek ini yang dipercayai bertanggungjawab ke atas kematian mangsa, maka kes ini berjaya diselesaikan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya akan melengkapkan kertas siasatan dalam masa terdekat untuk dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Perak bagi cadangan pertuduhan.

Sebelum ini, media melaporkan mayat wanita ditemui dalam kawasan semak, selepas polis menerima maklumat pada 5.25 pagi Rabu lepas mengenai sebuah kereta yang terbabas di tepi longkang.



Yusri dilaporkan berkata, semasa anggota polis tiba untuk menjalankan siasatan mengenai kemalangan itu, mereka menemui satu mayat reput dalam kawasan semak lebih kurang 2m dari lokasi kereta Proton Iswara Aeroback yang dipandu seorang lelaki terbabas. Utusan

Kes mayat wanita reput di Ipoh, teman lelaki mangsa ditahan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Akar umbi PAS mahukan MN – Khairuddin

Adi Putra, Beto, Syamsul tiada dalam prekuel Mat Kilau



Musim YB salam B40 sudah tiba

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker