Terpedaya sindiket ‘parcel scam’, pelajar sekolah terpedaya

Terpedaya sindiket ‘parcel scam’, pelajar sekolah terpedaya

Terpedaya sindiket ‘parcel scam’, pelajar sekolah rugi RM2,000

Perkenalan dengan seorang lelaki di laman sosial Facebook sejak dua minggu lepas membawa padah, apabila seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di Port Dickson kerugian RM2,000, selepas diperdaya melalui kiriman ‘hadiah’ daripada kenalan mayanya itu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Aidi Sham Mohamed dipetik Bernama berkata, lelaki itu memperkenalkan diri sebagai ‘John Hamid’ dan mendakwa bekerja sebagai doktor di Amerika Syarikat.

Menurutnya, selepas berkenalan selama dua minggu, lelaki itu menawarkan pemberian hadiah berupa barang kemas, beg tangan dan kasut, selain memberikan wang tunai untuk mangsa mencarikan rumah bagi pihaknya kerana ingin menetap di negara ini.

“Mangsa yang juga pelajar sekolah menengah di Port Dickson itu, menerima panggilan daripada ejen kurier di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, yang memintanya memasukkan wang untuk urusan bungkusan hadiah.

“Mangsa yang menggunakan duit simpanan sendiri dan juga ibunya, telah memasukkan kesemua wang diminta ke dalam akaun bank tempatan untuk tujuan itu,” katanya.

Aidi Sham berkata, pelajar itu menyedari dirinya ditipu selepas sekali lagi diminta memasukkan wang.

Seterusnya, remaja itu membuat laporan polis pada Sabtu lepas.

Aidi Sham berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mila terkilan dituduh jual durian harga Yahudi

Asyraf Wajdi, Tun Faisal berperang di FB

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker