Mama masih kritikal tapi sudah sedar – Kilafairy

Mama masih kritikal tapi sudah sedar – Kilafairy

Penyanyi popular era 80-an, Rohana Jalil sudah kembali sedar selepas dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, anak penyanyi itu, Kilafairy berkata, Rohana dimasukkan ke ICU selepas ususnya mengalami kebocoran akibat gastrik.

Kongsinya, doktor memaklumkan, Rohana perlu menjalani beberapa prosedur dan pemeriksaan lanjut sebelum tiub pernafasan boleh dibuka.

“Alhamdulillah, mama sudah sedar hari ini. Tetapi dia masih bergantung kepada mesin pernafasan. Mama masih perlu menjalani beberapa prosedur juga.

“Insya-Allah selepas prosedur, jika mama sudah boleh dan kuat untuk bernafas sendiri, doktor akan mencabut tiub pernafasan itu,” katanya.

Dalam pada itu, Kilafairy berkata, penyanyi Rayuanku itu sudah menjalani pembedahan untuk menutup lubang bocor di usus perut akibat gastrik.

“Sekarang dia sedang menjalani prosedur kedua untuk memasukkan stand untuk menutup lubang di usus yang bocor itu.

“Semoga prosedur tersebut berjalan dengan lancar supaya tidak perlu menjalani pembedahan besar,” ujarnya.

Sementara itu, Kilafairy memohon semua pihak untuk mendoakan kesihatan dan kesembuhan ibunya.

“Tolong jangan putus doa untuk mama ya. Dia masih kritikal,” katanya. Utusan

Mama masih kritikal tapi sudah sedar – Kilafairy

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah tunjuk bukti mesej Syamsul

Kalau saya dedah video tak senonoh tak nusyuz ke – Puteri Sarah

Sarah tukar perjanjian, minta amaun melampau – Syamsul

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker