Ditahan Imigresen sebab ‘terlalu cantik’
Gillian Chung ditahan imigresen Jerman
Ditahan Imigresen sebab ‘terlalu cantik’
Gara-gara terlalu cantik, aktres Hong Kong, Gillian Chung mendakwa berdepan detik mencemaskan apabila ditahan dan disoal siasat pegawai Imigresen di sebuah lapangan terbang di Jerman.
Pelakon berusia 41 tahun itu membuat pendedahan itu dalam program Promise for You ketika ditanya mengenai pengalaman bercuti yang sukar dilupakan.
Pada temuramah itu, Gillian memberitahu dia berangkat ke Belgium untuk menghadiri majlis perkahwinan temannya.
Namun, dakwanya, dia ditahan selepas pesawat dinaiki transit di Jerman.
“Hanya disebabkan saya dan seorang lagi teman perempuan masih muda dan cantik, mereka sangka kami terbabit dengan perkara yang salah di sisi undang-undang,” katanya, lapor agensi.
Bagaimanapun, Gillian tidak menyatakan siapa teman yang berada dengannya ketika kejadian. Dia juga tidak memberitahu bila perkara itu berlaku, lapor agensi.
Gillian yang turut menceburi bidang muzik sebagai penyanyi Canto Pop memberitahu, dia cuba menjelaskan kepada pegawai Imigresen terbabit bahawa dirinya selebriti.
Namun, dakwa Gillian, penjelasan dan rayuannya tidak dilayan. Sebaliknya, pegawai Imigresen terbabit terus menyoal siasat dirinya.
“Ketika itu, saya mengejar pesawat seterusnya, tiada makanan dan tidak ditempatkan dalam bilik.
“Sebaliknya, saya ditahan… Saya memang tidak bernasib baik,” katanya.
Gillian tampil dalam program ‘variety’ Promise For Yo bersama Cyndi Wang, Charlene Choi, Huang Xiaolei dan Wu Jinyan. BH
Ditahan Imigresen sebab ‘terlalu cantik’
Baca Artikel Menarik:
- Sempat elak banjir kalau Parlimen bubar awal Oktober – Asyraf
- Ganjaran RM150,000 jika jumpa Chong Loong
- Sugar mummy, Fasha Sandha sedia dikecam
- Foto Anwar terima tetamu ketika dirawat di hospital tular
- Hubungan seksual lebih nikmat bila sihat
- Kereta terbabas, lima pelajar UiTM tak dapat hadir konvokesyen
- Serangan Muhyiddin terhadap Ismail bukti politik negara tidak stabil – Zahid
- Anak dara Tiara Jacquelina, ikut wajah arwah ayahnya
- Ismail lebih bagus dari Muhyiddin sebagai PM – Adun PKR
- Ucapan RIP: mufti-mufti berbeza pandangan, ada yang melarang ada yang mengharuskan
- PH tiada harapan dapat undi Melayu dalam PRU-15
- Korang ini Majlis Peguam atau Majlis Penasihat PH? – Asyraf
- Bersatu tidak boleh dibuat kawan: Pemuda UMNO Kedah
- Caprice sedia diheret ke mahkamah
- Bayaran tidak setimpal dan lambat bayar buat guru ‘give up’ dengan KPM
- Upah ‘pelakon’ RM10k untuk rompak dan bunuh suami
Layari Laman Facebook MYKMU.NET