Bas ‘terjun’ sungai, gagal potong lori

Bas ‘terjun’ sungai, gagal potong lori

Bas ‘terjun’ sungai, gagal potong lori
Tangkap layar video menunjukkan sebuah bas penumpang terbalik di dalam sungai selepas hilang kawalan semasa memotong lori. – TikTokTV & Video

JAKARTA – Satu klip video tular memaparkan sebuah bas penumpang terjatuh dan terbalik ke dalam sungai selepas gagal memotong sebuah lori dalam kemalangan di Nganjuk, wilayah Jawa Timur, lapor portal berita Lambe Turah.

Nahas melibatkan bas Sugeng Rahayu di Desa Paron sekitar pukul 12.30 tengah hari (waktu tempatan), baru-baru ini.

Pemandu bas dilaporkan hilang kawalan selepas gagal memotong sebuah lori di hadapannya, menyebabkan kenderaan itu terbabas ke dalam sungai.

Penduduk tempatan dikenali sebagai Dito berkata, bas tersebut membawa lebih 10 penumpang semasa kejadian.

“Meskipun kenderaan itu rosak teruk, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Semua penumpang berjaya dibawa keluar dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” kata Dito. Keselamatan bas

Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian. – AGENSI

Bas ‘terjun’ sungai, gagal potong lori


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kekalkan Johor Negeri BN, Perkukuh Mandat – Ahmad Zahid


Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker