Dua motosikal dikuburkan bersama jenazah

Dua motosikal dikuburkan bersama jenazah

Dua motosikal dikuburkan bersama jenazah
TANGKAP layar menunjukkan dua motosikal turut dikebumikan bersama jenazah.- AGENSI Motosikal terpakai

JAKARTA – Suasana pilu menyelubungi Desa Rampa Mea di wilayah Kalimantan Tengah apabila ahli keluarga, saudara-mara dan penduduk setempat mengebumikan dua beradik, Agus dan Willy yang meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa menunggang motosikal pada 22 Jun lalu, lapor agensi berita Jawa Pos Radar Kediri.

Proses pengebumian menarik perhatian orang ramai selepas dua buah motosikal yang dinaiki mereka ketika kemalangan turut dimasukkan ke dalam liang lahad.

Kedua-dua mereka dikebumikan dalam satu liang lahad.

Sementara itu, dua motosikal tersebut diletakkan di antara kedua-dua keranda sebelum proses pengebumian selesai.

Video upacara pengebumian tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi netizen. Biologi Sains

Ramai mempersoalkan tujuan kenderaan tersebut turut sama ditanam, manakala yang lain menyampaikan ucapan takziah serta doa buat keluarga mangsa.

Sehingga kini, masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada keluarga berkenaan mengenai alasan keputusan untuk mengebumikan kedua-dua motosikal tersebut. -AGENSI

Dua motosikal dikuburkan bersama jenazah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kekalkan Johor Negeri BN, Perkukuh Mandat – Ahmad Zahid


 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker