Siapa gagah? Kereta, motosikal ‘saling menyondol’ di Bali
Siapa gagah? Kereta, motosikal ‘saling menyondol’ di Bali

JAKARTA – Gara-gara enggan bertolak ansur, satu kejadian menyaksikan seorang penunggang motosikal dan pemandu kereta saling merempuh kenderaan sesama sendiri di Bali, tular dan menjadi bualan hangat netizen, lapor agensi berita Jawa Pos Radar Kediri.
Menerusi rakaman video yang tersebar luas di media sosial, kedua-dua pemandu dilihat bertembung dari arah bertentangan dan langsung tidak mahu berganjak untuk memberikan laluan.
Situasi tegang itu melarat apabila mereka mula bertindak agresif dengan sengaja melanggar kenderaan satu sama lain berulang kali.
Tindakan melampau itu dilakukan di tengah-tengah jalan raya sehingga menarik perhatian orang ramai dan penduduk sekitar.
Bagaimanapun, situasi tersebut tidak berlarutan menjadi lebih parah. Panduan Bandar & Tempatan
Meskipun suasana tegang, mereka dilaporkan tidak melakukan sebarang serangan fizikal atau pergaduhan berdarah sebelum bersurai begitu sahaja.
Setakat ini, pihak berkuasa belum dapat memastikan kronologi lengkap serta punca utama yang mencetuskan perselisihan di tengah jalan raya itu.
Insiden tersebut mengundang pelbagai reaksi kalangan warga netizen.
Rata-rata, netizen mengecam sikap ego kedua-dua pemandu yang disifatkan mementingkan diri sendiri. – AGENSI
Siapa gagah? Kereta, motosikal ‘saling menyondol’ di Bali
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ambil Iktibar Peristiwa 2018, Terus Dekati Rakyat Demi Kemenangan
- Prestasi Terbukti, Rakyat Mahu BN Terus Tadbir Johor
- PRN: Nilai Rekod Prestasi Kerajaan Johor, Jangan Terpedaya Janji – Norshida
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.