Kebakaran ‘mengganas’ di Eropah, ribuan penduduk berpindah

Kebakaran ‘mengganas’ di Eropah, ribuan penduduk berpindah

Kebakaran ‘mengganas’ di Eropah, ribuan penduduk berpindah
ASAP kebakaran hutan membentuk awan di rantau Aspres dilihat dari Montalba-le-Chateau, selatan Perancis semalam. – AFP

PARIS – Beribu-ribu penduduk terpaksa mengosongkan kediaman mereka berikutan kebakaran hutan yang merebak di selatan Eropah hari ini.

Beratus-ratus anggota bomba bertungkus lumus cuba memadamkan api yang memusnahkan lebih 19,000 hektar tanah atau kawasan lebih dua kali ganda saiz kota raya Manhattan, merentasi Portugal, Sepanyol, Perancis dan Greece.

Kebakaran besar itu berlaku ketika suhu diramal sekali lagi meningkat mencapai 40 darjah Celsius di beberapa rantau yang masih mengalami kesan gelombang haba paling buruk, baru-baru ini.

Di barat daya Perancis, dekat bandar Perpignan, seramai 700 ratus anggota bomba dibantu pesawat khas berusaha mengawal kebakaran besar yang merebak di kawasan terpencil dan sukar diakses, dengan lebih 10,000 penduduk tempatan dipindahkan.Bencana Alam

Angin kuat dan udara kering luar biasa mendorong saiz kebakaran meningkat hampir tiga kali sejak awal semalam, membakar 4,600 hektar hutan dan menyebabkan seorang anggota bomba dan seorang penduduk cedera, kata pihak berkuasa tempatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Onn Hafiz Tidak Pernah Khianat – Ahmad Zahid


“Api merebak dalam jarak 300 meter dari rumah. Kami terkejut dengan kepantasan ia merebak,” kata penduduk Trevillach berusia 53 tahun dikenali sebagai Patrice.

Di Greece, api yang dicetuskan oleh kebakaran hutan memusnahkan dua kilang di Thessaloniki utara negara itu hujung minggu lalu.

Di Sepanyol, kebakaran hutan berhampiran pantai timur laut Costa Brava memusnahkan lebih 2,200 hektar hutan dalam masa cuma dua hari.Perhutanan

Di Portugal pula, perkhidmatan kecemasan berkata, mereka telah mengawal ‘80 peratus’ kebakaran yang telah memusnahkan kira-kira 13,000 hektar hutan dan tanah belukar di utara negara itu.

Di tempat lain, kebakaran besar turut meratakan ratusan hektar hutan, ladang anggur dan tanah belukar di Pulau Hvar di Croatia dan di Tale, Albania, kata pihak berkuasa. – AFP

Kebakaran ‘mengganas’ di Eropah, ribuan penduduk berpindah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kekalkan Johor Negeri BN, Perkukuh Mandat – Ahmad Zahid


 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker