Zi Yu belum fikir ikut jejak Tang Jie, Ee Wei

Zi Yu belum fikir ikut jejak Tang Jie, Ee Wei

Zi Yu belum fikir ikut jejak Tang Jie, Ee Wei
PENGARAH Kejurulatihan Beregu Malaysia, Rexy Mainaky (kiri) berjumpa dengan pemain remaja Low Zi Yu (kanan) dan barisan pemain lain sebaik tiba di Malaysia, semalam. FOTO FATHIL ASRI

Kuala Lumpur: Gelaran juara Kejohanan Badminton Remaja Asia tidak mengubah pendirian beregu muda negara, Low Zi Yu yang enggan terlalu awal memasang impian mengikut jejak pasangan utama negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei di pentas badminton senior.

Pemain berusia 16 tahun itu berkata, fokus utamanya ketika ini adalah meneruskan perkembangan karier bersama pasangan beregu wanita, Noraqilah Maisarah Ramdan, selain menyerahkan sepenuhnya kepada barisan jurulatih mengenai hala tuju dalam acara beregu campuran.

“Itu saya belum fikir lagi kerana saya pun belum tahu sama ada kami akan bermain dalam kejohanan senior atau tidak dan semuanya bergantung kepada perancangan jurulatih.

“Pada masa sekarang saya cuma mahu fokus kepada beregu wanita bersama Aqilah dahulu,” katanya sebaik tiba di tanah air selepas muncul juara di Yatsushiro, Jepun.

Mengikut rekod, aksi final Ahad lalu, Zi Yu bersama Ahmad Redzuan Zulwaqqarizal menamatkan penantian 19 tahun Malaysia apabila menewaskan pasangan China, Zheng Wei Gang dan Li Meng Han 21 15, 22 20 untuk merangkul gelaran beregu campuran.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Onn Hafiz Tidak Pernah Khianat – Ahmad Zahid


Kejayaan itu menyaksikan Malaysia kembali menjulang kejuaraan acara berkenaan buat kali pertama sejak 2006.

Mengulas kemenangan bersejarah itu, Zi Yu mengakui sentuhan barisan kejurulatihan yang diketuai Hazwan Jamaluddin bersama Pengarah Kejurulatihan Beregu, Rexy Mainaky menjadi faktor penting membantu mereka mengatasi tekanan pada set kedua.

Menurutnya, perubahan taktikal yang dilakukan ketika waktu rehat berjaya mengubah rentak permainan selepas mereka melakukan beberapa kesilapan pada awal set.

“Saya rasa jurulatih memang banyak membantu kerana apabila kami melakukan banyak kesilapan atau menggunakan strategi yang kurang tepat, mereka sentiasa memberi panduan dari belakang gelanggang.

“Pada awal set kedua kami bermain dengan cara yang salah, tetapi selepas interval dan jurulatih menukar strategi, corak permainan kami terus berubah,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jafni Optimis BN Pertahan Bukit Permai, Tawan Bukit Batu Dan Senai


Zi Yu berkata, ketenangan yang ditunjukkan ketika mata mata kritikal juga menjadi antara kunci kejayaan mereka memastikan pingat emas menjadi milik Malaysia.

Selepas kejayaan di Jepun itu, Zi Yu akan mengalihkan tumpuan kepada saingan Terbuka Taiwan hujung bulan ini bersama Noraqilah.

Sementara itu, Ahmad Redzuan pula akan meneruskan cabaran di Kejohanan Badminton Antarabangsa Remaja Malaysia.

Zi Yu belum fikir ikut jejak Tang Jie, Ee Wei


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kekalkan Johor Negeri BN, Perkukuh Mandat – Ahmad Zahid


Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker