Tokyo medan uji kemampuan Ling Ching
Tokyo medan uji kemampuan Ling Ching

Kuala Lumpur: Perseorangan wanita negara, Wong Ling Ching melihat penyertaan dalam Terbuka Jepun minggu depan sebagai medan terbaik untuk mengukur tahap kemampuannya apabila bakal berdepan barisan pemain elit dunia dalam kejohanan bertaraf Super 750.
Pemain yang kini menghuni ranking ke-36 dunia itu berkata, fokus utamanya bukanlah meletakkan sasaran tinggi, sebaliknya mahu mempamerkan aksi terbaik sambil mengutip pengalaman berharga serta membina semula keyakinan di pentas berprestij.
Menurut Ling Ching, ini adalah penampilan keduanya dalam kejohanan Super 750 selepas Terbuka Singapura dan dia menyedari cabaran di peringkat itu jauh lebih sengit berbanding kejohanan lain.
“Saya tahu persaingan dalam Super 750 memang sangat mencabar. Jadi sasaran saya lebih kepada memperkemaskan pelan permainan dan meningkatkan keyakinan diri.
“Bagi saya, pemain dalam kelompok 50 terbaik dunia pun sudah cukup berkualiti. Apabila berdepan pemain dalam kelompok 20 atau 10 terbaik, tahap mereka memang berbeza. Saya mahu memberikan aksi terbaik dan belajar sebanyak mungkin daripada mereka,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Saat Akhir Kempen Jentera Perlu Kekal Fokus – Megat Zulkarnain
- Berhenti Persenda Syiar Islam, Pemimpin PKR Dibidas
- Kisah 10 Anak Yatim Perteguh Komitmen Wanita UMNO Sabah
Pemain berusia 22 tahun itu turut mengakui prestasinya masih belum berada pada tahap yang diinginkan selepas berusaha mendapatkan semula rentak permainan susulan kecederaan yang dialaminya sebelum ini.
Katanya, beberapa kejohanan terdahulu menjadi tempoh mencabar untuk kembali mencapai prestasi terbaik, sekali gus menjadikan Terbuka Jepun sebagai platform penting bagi memulihkan keyakinannya.
“Saya masih belum benar-benar berpuas hati dengan prestasi sendiri kerana masih banyak perkara yang perlu dipelajari. Selepas kecederaan, saya mengambil masa untuk mendapatkan semula rentak permainan.
“Sebab itu saya anggap Terbuka Jepun sebagai peluang terbaik untuk membina semula keyakinan,” katanya.
Dalam masa sama, Ling Ching menjelaskan dia kini sedang menyesuaikan corak permainan dan pendekatan taktikal agar lebih kompetitif dalam kejohanan bertaraf Super 500 dan Super 750.
Menurutnya, corak permainan yang sebelum ini berkesan di kejohanan Super 100 dan Super 300 tidak lagi mencukupi apabila beraksi pada tahap lebih tinggi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cikgu Syar’e Komited Selesai Isu Perumahan Generasi Kedua
- PRN Johor: Peluang Rakyat Hantar Mesej Tegas Kepada PH
Jafni Optimis BN Pertahan Bukit Permai, Tawan Bukit Batu Dan Senai
“Apabila bermain dalam Super 500 dan Super 750, saya dapat rasakan perbezaan tahap permainan sangat ketara.
“Jadi saya sedang melakukan beberapa perubahan dari segi taktikal dan pelan permainan. Sudah tentu proses itu akan menyebabkan prestasi turun naik dan ada kesilapan, tetapi ia sebahagian daripada proses yang perlu saya lalui,” katanya.
Mengulas persiapan menjelang Terbuka Jepun, Ling Ching berkata tempoh latihan yang ada dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperkukuhkan segala perubahan yang dilakukan agar dapat diterjemahkan dengan lebih berkesan ketika perlawanan.
“Sekarang saya hanya mahu memastikan semua perubahan daripada segi pelan permainan dan taktikal benar-benar mantap sebelum kejohanan bermula,” katanya.
Mengenai sasaran di Tokyo, Ling Ching memilih untuk tidak menetapkan pencapaian berdasarkan pusingan memandangkan kualiti peserta yang bertanding berada pada tahap tertinggi.
“Saya tidak menetapkan sasaran untuk mara sehingga pusingan tertentu. Jika bertemu pemain kelompok 10 terbaik dunia, saya hanya mahu bermain sebaik mungkin. Kalau ada peluang untuk mencipta kejutan, sudah tentu saya mahu merebutnya,” katanya.
Tokyo medan uji kemampuan Ling Ching
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ambil Iktibar Peristiwa 2018, Terus Dekati Rakyat Demi Kemenangan
- Prestasi Terbukti, Rakyat Mahu BN Terus Tadbir Johor
- PRN: Nilai Rekod Prestasi Kerajaan Johor, Jangan Terpedaya Janji – Norshida
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.