Terbuka Jepun ujian pertama beregu lelaki baru dirombak
Terbuka Jepun ujian pertama beregu lelaki baru dirombak

Kuala Lumpur: Percaturan berani Persatuan Badminton Malaysia (BAM) merombak barisan beregu lelaki bakal menerima ujian pertama apabila pasangan baharu dibentuk memulakan kempen di Terbuka Jepun 2026 di Tokyo minggu depan, sebelum meneruskan cabaran di Terbuka China.
Tumpuan di Tokyo sudah tentu terarah kepada gandingan baharu Man Wei Chong-Soh Wooi Yik yang akan membuat penampilan sulung, selain dua lagi pasangan negara iaitu Aaron Tai-Kang Khai Xing serta Wan Arif Junaidi-Yap Roy King.
Eksperimen BAM tidak terhenti di Jepun apabila rombakan diteruskan pada Terbuka China minggu berikutnya dengan Aaron Chia dipasangkan bersama Aaron Tai, Tee Kai Wun bergandingan dengan Roy King, manakala Arif akan beraksi bersama Khai Xing.
Gandingan Man Wei Chong-Wooi Yik pula dikekalkan bagi menilai potensi mereka dalam menghadapi baki musim ini.
“Semua orang mahu melihat keputusannya, tetapi kalau kita tidak mencuba, kita tidak akan tahu sama ada sesuatu gandingan itu benar-benar sesuai atau sebaliknya.
“Saya pernah mengambil pendekatan sama ketika bersama Singapura kerana dalam persaingan sekarang, jurulatih perlu berani membuat perubahan,” katanya.
Paulus yang kini mengendalikan skuad beregu Singapura berkata, beliau sedang menguji beberapa kombinasi baharu dalam pasukannya menjelang Terbuka Taiwan dan Masters Korea selepas pasangan yang didaftarkan gagal melayakkan diri ke Terbuka Jepun.
“Kami turut memecahkan beberapa pasangan dan mencuba kombinasi lain.
“Mereka pada asalnya didaftarkan ke Terbuka Jepun, tetapi tidak layak, jadi kami menggunakan kejohanan berikutnya untuk melihat keserasian pemain. Semua ini adalah sebahagian daripada proses mencari gandingan terbaik,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cikgu Syar’e Komited Selesai Isu Perumahan Generasi Kedua
- PRN Johor: Peluang Rakyat Hantar Mesej Tegas Kepada PH
Jafni Optimis BN Pertahan Bukit Permai, Tawan Bukit Batu Dan Senai
Menurutnya, kelebihan Malaysia yang memiliki ramai pemain berkualiti membolehkan jurulatih mempunyai lebih banyak pilihan untuk menghasilkan pasangan kompetitif di pentas antarabangsa.
“Apabila kita mempunyai kelompok pemain yang besar, lebih mudah untuk menguji pelbagai kombinasi.
“Namun, bukan sekadar melihat kemampuan individu kerana keserasian, karakter dan gaya permainan turut memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan sesuatu pasangan,” katanya.
Paulus mengimbau pengalamannya ketika membimbing skuad negara apabila membuat keputusan menggandingkan Aaron bersama Teo Ee Yi pada aksi Piala Sudirman 2019, percaturan yang membantu Malaysia menewaskan India dan membuktikan perubahan berani mampu memberikan impak positif.
Justeru, Terbuka Jepun dan Terbuka China dijangka menjadi penanda aras awal terhadap keberkesanan rombakan BAM dalam usaha melahirkan gandingan mantap menjelang Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).
Terbuka Jepun ujian pertama beregu lelaki baru dirombak
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ambil Iktibar Peristiwa 2018, Terus Dekati Rakyat Demi Kemenangan
- Prestasi Terbukti, Rakyat Mahu BN Terus Tadbir Johor
- PRN: Nilai Rekod Prestasi Kerajaan Johor, Jangan Terpedaya Janji – Norshida
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.