Kajian Muhyiddin lebih diterima tidak tepat – Setpol Ismail

Kajian Muhyiddin lebih diterima tidak tepat – Setpol Ismail

Kajian yang digunakan pembantu Muhyiddin Yassin boleh dipertikai kerana tidak menggambarkan situasi sebenar keseluruhan 32 juta rakyat negara ini, kata setiausaha politik kepada perdana menteri.

Syed Fazmi Sayid Mohammad berkata, kajian berkenaan hanya sekadar angka yang boleh ‘dipertikai’ namun hakikatnya, prestasi Ismail ketika mengambil alih Putrajaya sejak Ogos tahun lalu secara faktanya berlaku pemulihan mendadak termasuk pertumbuhan ekonomi.



“Kajian itu boleh dipertikai kerana masa PRU14, kajian Ilham Centre kata BN boleh menang di Kelantan dan Terengganu tapi akhirnya BN kalah, kajian ni tengok pada responden yang digunakan.

“Kita ada 32 juta rakyat kalau setakat ambil 2,000 atau 3,000 rakyat saja tak menggambarkan keseluruhan situasi rakyat negara ini,” katanya selepas meraikan kanak-kanak OKU dari Muar, di Menara Berkembar Petronas.

“Kalau nak ikut kajian, banyak kajian. Saya pun boleh buat kajian kadar kesenangan rakyat.”

Bekas setiausaha sulit kepada Muhyiddin Yassin, Marzuki Mohamad, semalam mendakwa rakyat lebih berpuas hati dengan kepimpinan presiden Bersatu itu berbanding perdana menteri dari Umno merujuk kepada Ismail.



Menjawab kritikan Pengarah Ekonomi Pejabat Perdana Menteri, Shahril Hamdan yang meminta Muhyiddin cermin diri terlebih dulu, Marzuki membuat perbandingan mengenai tahap kepuasan hati terhadap dua pemimpin itu melalui kajian dilakukan Merdeka Centre.

Kajian itu menunjukkan, markah purata Muhyiddin sepanjang berkhidmat sebagai perdana menteri ialah 67%, sementara Ismail 45%.

Mengulas lanjut Syed Fazmi berkata, kadar pengangguran negara juga turun kepada 3.8%, manakala inflasi dapat dikawal dengan baik sejak pintu sempadan dibuka untuk merancakkan pemulihan ekonomi selepas pandemik Covid-19.

“Kalau nak kata gagal, kita dah dapat tunjuk dengan fakta kerajaan kita sedang dalam proses ke arah pemulihan yang betul. Bagi saya tiada isu kita gagal atau sebagainya,” katanya. FMT



Kajian Muhyiddin lebih diterima tidak tepat – Setpol Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengah berubat ke beromen (Video)



Kambing pun kena rogol, gatal – Janna Nick

Rafizi takut dengan FB Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker