Peniaga tudung didakwa tipu ‘kekasih’ RM483,570

Peniaga tudung didakwa tipu ‘kekasih’ RM483,570

Kota Bharu: Peniaga tudung didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas 166 pertuduhan menipu ‘kekasih’ yang dikenali di Facebook dengan jumlah keseluruhan RM483,570, antara 3 Julai 2018 hingga 6 Ogos 2020.

Bagaimanapun, tertuduh, Natasha Adini Abdullah, 27, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicara selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa selama tiga jam di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menipu dengan cara memperdayakan seorang lelaki berusia 32 tahun melalui pinjaman wang dengan cara menyamar sebagai Nur Farah Alisya dengan nilai antara RM300 hingga RM10,000.

Perbuatan itu dengan curangnya mendorong lelaki itu yang bekerja sebagai peniaga barang basah secara dalam talian membuat transaksi pindahan wang dengan jumlah keseluruhan RM483,570 ke dalam satu akaun bank atas nama Natasha Adini Abdullah.

Kesalahan itu dilakukan olehnya di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di sini, antara 3 Julai 2018 hingga 6 Ogos 2020.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang daripada setahun dan sehingga 10 tahun, sebat dan denda jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Abu Arsalnaa menawarkan jaminan sebanyak RM285,000 untuk kesemua pertuduhan.

Natasha Adini merayu kepada mahkamah supaya mengurangkan wang jaminan kepadanya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM28,700 bagi kesemua pertuduhan dengan syarat tambahan wanita itu perlu melapor diri di balai polis berdekatan dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Selain itu, mahkamah menetapkan 23 Oktober depan untuk sebutan semula kes serta melantik peguam dan serahan dokumen. HM

Peniaga tudung didakwa tipu ‘kekasih’ RM483,570


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengah berubat ke beromen (Video)

Kambing pun kena rogol, gatal – Janna Nick

Rafizi takut dengan FB Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker