JPJ tahan wanita Rohingya pandu tanpa lesen, kereta disita untuk siasatan

JPJ tahan wanita Rohingya pandu tanpa lesen, kereta disita untuk siasatan

JPJ tahan wanita Rohingya pandu tanpa lesen, kereta disita untuk siasatan
Gambar hiasan

SUNGAI PETANI: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah menahan seorang wanita etnik Rohingya kerana memandu kereta Proton Wira tanpa lesen sah, semalam.

Pengarahnya, Stien Van Lutam, berkata wanita berusia 30 tahun itu ditahan di sekitar daerah ini dalam operasi Op Pewa dilakukan pihaknya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati, wanita itu memandu tanpa Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang sah, selain kenderaan itu mempunyai Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.

“Hasil pemeriksaan turut mendapati pemilik kenderaan membenarkan kenderaan itu dipandu walaupun pemandunya tidak memiliki lesen sah dan juga warga asing.

“Susulan itu, kedua-duanya akan dikenakan tindakan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa, manakala Proton Wira berkenaan disita untuk siasatan lanjut, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Stien berkata, JPJ Kedah menegaskan operasi penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan bagi memastikan setiap pemandu dan pemilik kenderaan mematuhi undang-undang demi keselamatan semua pengguna jalan raya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Onn Hafiz Tidak Pernah Khianat – Ahmad Zahid


Beliau berkata, pihaknya tidak berkompromi dengan sesiapa saja termasuk warga tempatan yang membenarkan warga asing menggunakan kenderaan mereka.

JPJ tahan wanita Rohingya pandu tanpa lesen, kereta disita untuk siasatan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kekalkan Johor Negeri BN, Perkukuh Mandat – Ahmad Zahid


 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker