Pelajar kejar rakan dengan pisau di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah
Pelajar kejar rakan dengan pisau di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah

ALOR GAJAH: Suasana aktiviti kokurikulum di sebuah sekolah menengah di daerah ini, petang tadi, bertukar kecoh apabila seorang pelajar lelaki dipercayai mengejar tiga rakannya sambil memegang sebilah pisau.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, pelajar Tingkatan Satu berkenaan dipercayai mengejar rakannya bermula dari dewan sekolah sehingga berhampiran surau.
Ia kemudian berjaya ditenangkan oleh seorang guru manakala sekumpulan pengawas mengepung sebelum merampas senjata tajam berkenaan.
Sumber berkata, pelajar terbabit dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental dan perlu mengambil ubat secara berkala.
“Nasib baik guru-guru yang dibantu pengawas bertindak pantas mengawal keadaan sebelum berjaya merampas pisau yang dipegang pelajar terbabit.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Saat Akhir Kempen Jentera Perlu Kekal Fokus – Megat Zulkarnain
- Berhenti Persenda Syiar Islam, Pemimpin PKR Dibidas
- Kisah 10 Anak Yatim Perteguh Komitmen Wanita UMNO Sabah
“Tada sebarang kecederaan dilaporkan membabitkan pelajar mahupun guru dalam kejadian itu,” kata sumber berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar, ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang membuat semakan lanjut mengenai kejadian itu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
Isnin lalu, media melaporkan seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Banting, Selangor, cedera selepas dipercayai ditikam antara 14 hingga 16 kali pada badan dan muka dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi.
Kejadian yang tular di media sosial itu dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek yang mendakwa dirinya dibuli.
Susulan kejadian itu, remaja terbabit ditahan polis dan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh sebelum didakwa di mahkamah hari ini.
Pelajar kejar rakan dengan pisau di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ambil Iktibar Peristiwa 2018, Terus Dekati Rakyat Demi Kemenangan
- Prestasi Terbukti, Rakyat Mahu BN Terus Tadbir Johor
- PRN: Nilai Rekod Prestasi Kerajaan Johor, Jangan Terpedaya Janji – Norshida
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.