TikTok larang iklan politik

TikTok larang iklan politik

Pengendali aplikasi TikTok mengumumkan beberapa perubahan membabitkan akaun milik kerajaan, ahli dan parti politik selari dengan matlamatnya untuk membangunkan dasar menggalakkan persekitaran positif dalam kalangan penggunanya.

Tiktok dalam kenyataan hari ini berkata, akaun dalam kategori berkenaan akan dilarang daripada sebarang bentuk pengewangan (monetization) atau sebarang permintaan untuk mengumpul dana.



Jelasnya, ia bagi mengelakkan penyalahgunaan dan memastikan kesemua pengguna mendapat pengalaman positif ketika menggunakan aplikasi itu.

“TikTok berfungsi mengekang maklumat salah yang berbahaya, melarang pengiklanan berkaitan politik dan berkongsi maklumat berwibawa mengenai pilihan raya selain melarang pengewangan untuk kepentingan politik,” katanya.

Kenyataan itu turut memberitahu, TikTok telah lama melarang pengiklanan politik, termasuk kandungan berbayar dan bagi akaun yang mengutip bayaran terus untuk membuat kandungan berjenama.

“Kandungan politik dilarang dalam iklan dan sekatan ini juga kini digunakan pada peringkat (pemilik) akaun.



“Ini bermakna, akses bagi akaun milik ahli politik dan parti politik akan disekat kepada ciri pengiklanan secara automatik, ini sekali gus membantu TikTok menguatkuasakan dasar sedia ada secara konsisten,” katanya.

Pada masa sama, katanya, dalam situasi tertentu, Tiktok membenarkan kerajaan terbabit dalam aktiviti pengiklanan.

Misalnya bagi menyokong kesihatan dan keselamatan awam serta akses kepada maklumat pengiklanan berkaitan kempen kesedaran bagi dos penggalak COVID-19. BH

TikTok larang iklan politik




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengah berubat ke beromen (Video)



Kambing pun kena rogol, gatal – Janna Nick

Rafizi takut dengan FB Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker