Cuba bakar isteri kerana sering tersenyum bermain telefon bimbit

Cuba bakar isteri kerana sering tersenyum bermain telefon bimbit

Gara-gara cemburu melihat isteri asyik bermain telefon bimbit, seorang lelaki di Bogor, wilayah Jawa Barat cuba membakar mangsa hidup-hidup dengan menyimbah minyak petrol ke dalam bilik tidur mereka, lapor laman berita Suara.com semalam.

Suspek yang dikenali sebagai K itu dilaporkan berang kerana isterinya sering bermain telefon bimbit dengan wajah gembira.

Menyangka isterinya menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain, suspek bertindak membeli minyak petrol sebelum cuba membakar mangsa, SH.

Setibanya di rumah, suspek menyimbah minyak petrol tersebut ke arah bilik tidur yang mempunyai isterinya ketika itu lalu menyalakan api.

Mangsa dilaporkan terbakar pada bahagian kaki kiri.

Sementara itu, beberapa jiran suspek yang curiga dengan sikap lelaki itu bertindak pantas dengan menangkap dan menyerahkannya kepada polis.

Menurut Ketua Polis Sukamakmur, Iptu Sutopo Pranolo, niat suspek mahu membakar isterinya dapat dihidu jiran tetangga yang curiga melihat dia membeli tiga botol minyak petrol.

“Mereka mendapat tahu suspek mahu menggunakan minyak petrol tersebut untuk membakar mangsa yang ketika itu berada dalam bilik tidurnya,” kata Iptu. K Online

Cuba bakar isteri kerana sering tersenyum bermain telefon bimbit


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rupanya Dah Kahwin Ibu Anak Tujuh

Mazhab Amerika Ke Yuna?

Yazmin Aziz dan kekasih, cuti sama-sama, bilik asing-asing ke?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker