Mesej apa mahu disampaikan dengan senjata mainan, soal TMJ

Mesej apa mahu disampaikan dengan senjata mainan, soal TMJ

Walaupun pihak tertentu mempertahankan penggunaan senjata mainan di sekolah, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempersoalkan mesej yang ingin disampaikan kepada kanak-kanak.

Menjawab soalan semasa podcast Keluar Sekejap baru-baru ini, Tunku Ismail berkata baginda dimaklumkan mengenai kejadian seumpama itu, yang berlaku beberapa hari sebelum Minggu Solidariti Palestin anjuran Kementerian Pendidikan.



“Saya dapat gambar dan laporan sekolah tertentu di mana guru sendiri menggalakkan anak-anak kecil membawa senjata.

“Walapun benda tu adalah mainan, bukan senjata betul, tapi apa mesej yang anda ingin sampaikan di sini?” soalnya.

Tunku Ibrahim berkata baginda juga menghubungi Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan exco Johor yang menyelia pendidikan untuk “memantau setiap sekolah”.

Bagaimanapun, ahli parlimen PAS Ahmad Fadli Shaari nampaknya tidak bersetuju dengan pihak yang bimbang dengan penggunaan senjata mainan.



Ketika membela guru dan pelajar berkenaan, Ahmad Fadhli berkata penggunaan senjata mainan membantu meningkatkan kesedaran tentang perjuangan rakyat Palestin.

Ahmad Fadhli menyasarkan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berhubung catatannya di X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter).

Dia menolak tanggapan bahawa penggunaan senjata mainan adalah sama dengan mempromosikan keganasan atau ideologi ekstremis.

Sebelum ini, Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin turut membidas DAP dengan berkata “roket” – dipercayai merujuk logo DAP – itu juga boleh dianggap sebagai ancaman keganasan.



Pada halaman rasminya, DAP berkata “roket berwarna merah sebagai aspirasi parti dalam membina sebuah masyarakat yang moden, dinamik dan progresif”.

Dia berkata ini akan membolehkan mereka lebih memahami situasi di lapangan.

Awal hari ini, bekas ahli parlimen Charles Santiago mempersoalkan sama ada guru akan dapat membezakan antara rejim Zionis dan orang Yahudi.

Kementerian Pendidikan, dalam panduan untuk Minggu Solidariti Palestin, melarang penggunaan senjata mainan. FMT



Mesej apa mahu disampaikan dengan senjata mainan, soal TMJ

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?



Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini



Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker