Nigeria haramkan model kulit putih dalam iklan

Nigeria haramkan model kulit putih dalam iklan

ABUJA, Nigeria – Nigeria menjadi negara pertama di dunia yang mengumumkan larangan sepenuhnya terhadap pengambilan model luar serta artis alih suara dalam aksen British untuk iklan di televisyen, lapor laman berita RT kelmarin.

Keputusan itu diambil kerajaan dalam usaha untuk mengembangkan bakat rakyat tempatan dan akan dilaksanakan secara rasmi bermula Oktober tahun ini.



“Semua iklan dan bahan komunikasi pemasaran hanya boleh menggunakan model dan artis alih suara Nigeria,” kata Majlis Kawal Selia Pengiklanan Nigeria (ARCON) dalam satu kenyataan.

Tambah agensi kerajaan itu, kempen pengiklanan semasa yang menggunakan bakat warga asing dibenarkan untuk diteruskan, namun tiada permit baharu untuk kempen serupa akan dikeluarkan pihak berkuasa berkaitan.

“Langkah itu selaras dengan dasar kerajaan untuk membangunkan bakat tempatan termasuk menyokong pertumbuhan ekonomi dan industri pengiklanan tempatan,” kata kenyataan yang sama.

Nigeria sebelum ini sangat bergantung terhadap model asing dan pakar alih suara dalam iklannya termasuk model berkulit putih dan artis alih suara dengan aksen British, demikian menurut akhbar The Times.



Kerajaan negara itu bagaimanapun telah lama memerangi kecenderungan sedemikian. Mereka sebelum ini menuntut syarikat yang menggunakan bakat asing perlu membayar tarif sebanyak 100,000 naira (RM1,044) untuk mana-mana model asing yang digunakan dalam iklan.

“Pada 10 hingga 20 tahun lalu jika anda menyemak iklan, saya mengatakan hampir 50/50 menampilkan model asing dan alih suara aksen Britain,” kata Ketua Persatuan Pengiklanan Nigeria, Steve Babaeko. K Online

Nigeria haramkan model kulit putih dalam iklan


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Roti Gardenia naik harga lagi

PN ada kelebihan – Shabery



Warkah Najib dari Penjara Kajang, suasana Dewan Merdeka hiba



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker