Suara saya terlalu sedap untuk disimpan – Aliff Syukri

Suara saya terlalu sedap untuk disimpan – Aliff Syukri

Selepas empat hari mengumumkan penutupan semua platform media sosial miliknya, terbaharu usahawan kontroversi Datuk Aliff Syukri memuat naik sebuah hantaran memaparkan video menari dengan sebatang mop.

Bukan itu sahaja, Aliff yang sebelum ini menangis teresak-esak sambil meminta maaf konon-kononnya telah insaf tidak mahu lagi bermain media sosial turut memuat naik dua lagi video untuk mempromosikan lagu nyanyiannya bersama penyanyi dangdut, Baby Shima.



Aliff dalam hantaran tersebut berkata, dia bertindak berkongsi video mempromosikan single terbaharunya berjudul Baby Sayang itu kerana mendakwa suaranya terlalu sedap untuk disimpan.

“Awak (netizen) maafkan saya. Suara saya terlalu sedap untuk disimpan. Saya perlu serlahkan bakat saya demi peminat setia.

“Saya tahu ramai yang cemburu dengan bakat saya,” ujarnya.

Tindakan usahawan berusia 34 tahun itu sekali gus mendapat kecaman netizen apabila menuduhnya berpura-pura dan cakap tidak serupa bikin.



“Selepas ini saya tidak akan percaya dengan Datuk lagi. Ingatkan Datuk sudah betul-betul bertaubat,” ujar seorang netizen.

“Kuat drama. Lapar perhatian betul,” tegas seorang lagi netizen.

“Kata nak berundur. Cakap tak serupa bikin,” kata seorang lagi pengikutnya dalam Instagram.

Bukan sahaja netizen, malah perkongsian Aliff juga mendapat perhatian dalam kalangan selebriti tempatan apabila meninggalka komen berbaur sindiran.



“Ingatkan hilang lama Datuk. Tak tahankan?” Kata pelakon dan juga penyampi radio Sharifah Shahira.

“Sekali dia bergelek dengan batang mop,” ujar pengacara Anim Ezati.

Beberapa hari lalu, Aliff dikecam hebat netizen apabila berkelakuan tidak sopan bersama penyanyi Baby Shima bagi mempromosikan single baharu mereka.

Lebih membuatkan netizen bengang apabila lagu tersebut turut menampilkan individu yang pernah menimbulkan kebencian rakyat Malaysia iaitu Kak Long 7E.



Disebabkan kontroversi demi kontroversi itu, ibunya tampil membidas kelakuan Aliff yang dianggap keterlaluan dan mengundang bala.

Bagaimanapun, aksi itu masih jadi bahan usikan netizen yang menyifatkan penyesalan itu cuma sementara selain dikatakan sengaja mencipta kontroversi. K Online

Suara saya terlalu sedap untuk disimpan – Aliff Syukri


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kau ingat gelek dalam khalayak itu dapat pahalakah? – Ahmad Dasuki

Jeslina Hashim dikecam tayang punggung



Polis Tunjuk ‘Thumbs Up’ Kepada Pemandu Lori Bantu Halang MPV (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker