Sausage Bun RM5 di HSI, JKNJ beri teguran

Sausage Bun RM5 di HSI, JKNJ beri teguran

Johor Bahru: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengeluarkan surat teguran kepada syarikat yang menjual roti yang terlalu mahal di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.

Pengarahnya, Datuk Dr Aman Rabu berkata semakan dibuat dan pihaknya mengesahkan isu berkenaan adalah berasas.

Katanya, pihak pengurusan hospital juga sudah mengarahkan pihak terbabit untuk menurunkan harga jualan sewajarnya.

“JKNJ merujuk kepada paparan menerusi media sosial Facebook Choudhry Sundaram Padiachee bertarikh 15 Ogos 2022 mengenai harga roti di bakeri HSI mahal. Semakan telah dibuat dan mengesahkan bahawa isu tersebut adalah berasas.

“Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan telah mengarahkan syarikat untuk menurunkan harga jualan kepada yang sewajarnya.

“Surat teguran telah dikeluarkan kepada syarikat tersebut. Pihak pengurusan hospital akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan harga roti yang dijual adalah berpatutan.

“Pihak pengurusan hospital juga sentiasa prihatin dengan kebajikan dan kesejahteraan kakitangan serta pesakit di hospital ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sejak kelmarin, tular di media sosial sekeping gambar roti sosej yang dijual pada harga RM5 di kedai roti HSI, roti terbabit diletakkan sebelah pembaris yang hanya sepanjang 11 sentimeter.

Malah turut berada dalam gambar terbabit ialah sekeping resit yang menunjukkan harga roti sosej berkenaan.

Pemilik akaun Facebook itu mendakwa telah bertanya untuk memastikan harga roti itu adalah RM5 dan jurujual menjawab itu adalah harga yang betul. HM

Sausage Bun RM5 di HSI, JKNJ beri teguran


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kau ingat gelek dalam khalayak itu dapat pahalakah? – Ahmad Dasuki

Jeslina Hashim dikecam tayang punggung

Polis Tunjuk ‘Thumbs Up’ Kepada Pemandu Lori Bantu Halang MPV (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker