Steven Spielberg terima anugerah pencapaian seumur hidup ‘Golden Bear’

Director Steven Spielberg poses with the Honorary Golden Bear Award for Lifetime Achievement which he received at the 73rd Berlinale International Film Festival in Berlin, Germany, February 21, 2023. REUTERS/Fabrizio Bensch

BERLIN: Pengarah terkenal, Steven Spielberg menerima anugerah pencapaian seumur hidup ‘Golden Bear’ pada Festival Filem Antarabangsa Berlin, semalam, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Anugerah itu disampaikan penyanyi kumpulan rock Ireland U2, Bono yang menyifatkan Spielberg sebagai ‘antara aset terbesar Hollywood.’

“Malam ini (malam tadi), penganugerahan ‘Golden Bear’ kepada Steven Spielberg adalah pilihan tepat.

“Pencapaian sepanjang hayat beliau bukan hanya mengenai kerjaya tetapi juga membabitkan kehidupan dan keluarganya yang sebenar,” kata Bono pada majlis anugerah itu.



‘Golden Bear’ juga pernah dianugerahkan kepada Dustin Hoffman, Kirk Douglas dan Meryl Streep.

Spielberg, 75, terkenal dengan filem Hollywood dihasilkannya seperti ET, Indiana Jones, Jurassic Park dan Jaws.

Filem terbaharu beliau, ‘The Fabelmans’ adalah berdasarkan kisah sebenar zaman kanak-kanaknya dengan berlatarbelakangkan Amerika selepas perang.

Filem yang dibintangi Paul Dano dan Michelle Williams itu menerima pujian meluas, meraih penghargaan tertinggi dan memenangi Anugerah Golden Globes serta Critics Choice Award 2023.



Ia juga menerima tujuh pencalonan Anugerah Akademi, termasuk filem terbaik pada Oscar

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khazrul Elzey mengaku tidur dengan Zarina Anjoulie (Video)

Takiyuddin ‘serang’ Zahid, sekali Rayer pertahan



Model baharu PROTON, Honda bakal perkukuh DRB-Hicom



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker