Penjenayah menyorok dalam patung beruang

Penjenayah menyorok dalam patung beruang

Manchester: Gara-gara enggan dikesan pihak berkuasa, seorang pencuri kereta, sanggup menyembunyikan diri dalam patung beruang gergasi.

Tindakan Joshua Dobson dari Spotland, Rochdale itu bagi mengelak ditahan pihak berkuasa selepas mencuri Mitsubishi ASX dan gagal membayar minyak petrol pada Mei lalui.



Pihak berkuasa gagal mengesannya, namun taktik pencuri berusia 18 tahun terbongkar selepas pegawai Polis Greater Manchester (GMP) Rochdale, menggeledah rumahnya.

Ketika penggeledahan, anggota polis ternampak anak patung itu bernafas di sudut rumah suspek.

Seorang pegawai polis, Dobson merobek bahagian bawah patung beruang itu sebelum akhirnya berjaya menemui suspek bersembunyi didalamnya.

GMP Rochdale mengumumkan perkara itu di media sosial dan memberitahu suspek ditahan serta merta dan dipenjarakan selama sembilan bulan.



“Dia kini dipenjarakan selepas dijatuhi hukuman minggu lalu kerana mencuri kenderaan bermotor, memandu tanpa kelayakan dan melarikan diri dari stesen minyak tanpa bayaran,” kata jabatan itu.

Taktik gagal pencuri itu menjadi bahan jenaka netizen selain ada merayu pihak berkuasa mendedahkan rakaman kamera pada badan anggota polis mereka ketika tangkapan itu kepada awam. HM

Penjenayah menyorok dalam patung beruang


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter



Iman Troye lupa diri?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker