Kejar 30 km sebelum tahan

Kejar 30 km sebelum tahan

Gua Musang: Polis berjaya menahan enam pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Myanmar selepas mengejar kenderaan dinaiki mereka sejauh 30 kilometer (km), semalam.

Ketika kejadian kira-kira 10 pagi, Pati itu yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandu lelaki tempatan berusia 45 tahun, dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.



Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, anggotanya melaksana sekatan jalan raya di Jalan Gua Musang dekat Lepan Jaya di sini, sebelum mengesan MPV itu yang membuat pusingan U dalam keadaan mencurigakan.

“Anggota kemudian mengekori kenderaan sejauh 30 km sebelum berjaya memintasnya. Ketika proses tangkapan, berlaku pergelutan antara anggota dengan pemandu kenderaan.

“Hasil pemeriksaan lanjut menemui empat lelaki dan dua wanita warga Myanmar berusia antara 16 hingga 27 tahun tempat duduk penumpang belakang, malah semua mereka gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sik berkata, pihaknya percaya suspek lelaki tempatan itu terbabit penyeludupan Pati dan dia mengambil enam warga asing itu dari sempadan di Rantau Panjang untuk dibawa ke Kuala Lumpur.



“Kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran dan Anti Penyeludupan Migran 2007, Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959 dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. HM

Kejar 30 km sebelum tahan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter



Iman Troye lupa diri?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker