Kapten Syers merantau ke Malaysia nak cari jodoh

Kapten Syers merantau ke Malaysia nak cari jodoh

Pelakon filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan, Geoff Andre Feyaerts sanggup berhijrah dari negara asalnya, Belgium ke Malaysia kira-kira 15 tahun untuk mencari jodoh.

Feyaerts yang membawa watak jahat, Kapten Syers dalam filem epik fenomena arahan Syamsul Yusof itu bersyukur apabila hasrat awalnya dalam penghijrahan itu dimakbulkan Allah apabila dipertemukan jodoh dengan wanita Melayu.



“Saya datang ke sini sebenarnya dengan tujuan mencari wanita,” katanya yang memulakan karier dalam pementasan teater di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) pada awal 2007.

Menurut bapa empat cahaya mata yang mesra disapa Fuad ini, dia tidak menduga hatinya berjaya terpaut cinta dan sayang dengan seorang wanita Melayu yang akhirnya membawa mereka melangkah ke fasa perkahwinan dan hidup berkeluarga.

“Pada awal kedatangan saya ke Malaysia dulu kerana menyertai program anak angkat antara budaya Malaysia. Ketika itu, lokasi keluarga angkat saya adalah di Pedas, Negeri Sembilan.

“Saya memang nak cari wanita untuk berkahwin. Ketika di sana, saya mengenali isteri dan kami pun ada jodoh serta bernikah. Alhamdulillah, sekarang usia perkahwinan kami pun sudah 15 tahun serta saya sekeluarga juga menetap di Kuala Lumpur,” katanya.



Mengulas juga peluangnya terbabit dipilih membintangi filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Feyaerts berkata, dia bersyukur kerana filem itu cuba mengetengahkan mesej istimewa yang bertujuan mengangkat budaya dan semangat perjuangan orang Melayu.

“Masih banyak negara Islam yang pernah dijajah. Jadi, saya berharap filem dihasilkan anak tempatan seperti Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ini akan berpeluang juga ditonton penduduk di Eropah nanti.

“Saya memang mengharapkan agar mereka (penerbit) dapat membawa semangat kebangkitan Melayu yang ada dimuatkan dalam filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ini hingga ke luar negara,” katanya yang akur dibenci penonton untuk watak penjajah British itu. HM

Kapten Syers merantau ke Malaysia nak cari jodoh




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar



Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker