Fazura berniaga di Pasar Siti Khadijah

Fazura berniaga di Pasar Siti Khadijah

Pelakon dan usahawan popular, Nur Fazura berjaya merealisasikan impian peribadi untuk bergelar peniaga ketika mengunjungi Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di YouTube MyFazura, dia berkongsi pengalaman menjual sayur-sayuran segar di salah satu kedai yang dikunjungi.

“Sebenarnya memang dari kecil saya ada satu impian. Masa mula-mula dulu saya nak jadi pramugari dan saya juga teringin nak ada pengalaman menjual (berniaga).

“Teringin nak rasai sendiri pengalaman menjual di Pasar Siti Khadijah dengan peniaga-peniaga wanita yang ada di sini. Alhamdulillah bila ada pelanggan yang datang membeli, rasa tercapai impian saya nak menjual itu,” katanya.

Dalam hantaran video berkonsepkan realiti berjudul Fazura ke Pantai Timur yang dilancarkan dua hari lalu, isteri kepada pelakon Fattah Amin itu berkongsi perjalanannya ke rumah juru mekap peribadinya bagi merasai pengalaman menyambut Aidiladha di Kelantan.

Lebih mengujakan, video berdurasi 26 minit itu turut menyaksikan perjalanan Fazura melakukan beberapa aktiviti menarik di negeri itu.

Antaranya mengunjungi salah satu masjid terkenal iaitu Masjid Ar-Rahman serta Pulau Nami yang terkenal dengan kecantikan pokok rhu serta menyantuni beberapa keluarga susah di sana.

Selain itu, Fazura turut mengambil peluang menyaksikan persembahan wayang kulit dan berpeluang menjadi tukang karut. HM

Fazura berniaga di Pasar Siti Khadijah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker