Hanya kerajaan stabil, kompeten mampu tangani inflasi – Asyraf



Hanya kerajaan stabil, kompeten mampu tangani inflasi – Asyraf

Strategi menangani inflasi yang tidak terkawal hanya berkesan jika wujud kerajaan stabil dan kompeten, kata Asyraf Wajdi Dusuki.

“Jika kerajaan campuran bersifat hibrid terus dilihat goyah, pasti pemain-pemain industri dan pelabur dalam pasaran buat tak endah,” kata ketua Pemuda Umno itu di Facebook.

“Keberkesanan misi memerlukan kerjasama semua pihak, dengan pendekatan holistik dari awal proses pengeluaran hingga kepada distribusi di pasaran.”

Beliau turut mempersoalkan peranan Majlis Pemulihan Negara, Majlis Tindakan Ekonomi, Majlis Kos Sara Hidup dan lain-lain yang memakan belanja jutaan ringgit, sedangkan wujudnya pertindihan bidang kuasa selain menteri yg sama dalam badan tersebut.




Sementara itu, bagi meningkatkan jaminan keselamatan makanan, beliau mencadangkan kerajaan merangka polisi berhubung peningkatan pelaburan industri yang terlibat dengan pengeluaran makanan seperti dedak dan baja sebagai strategi jangka panjang.

“Penguatkuasaan yang efektif adalah penting bagi kerajaan memastikan tiada sorokan bekalan,” katanya.

“Pada masa sama, mereka perlu memastikan subsidi minyak masak paket mahupun bekalan mencukupi tersedia di pasaran.”

Asyraf turut berkata, kerajaan sewajarnya mengutamakan strategi peningkatan keyakinan rakyat terhadap nilai mata wang negara. FMT

Hanya kerajaan stabil, kompeten mampu tangani inflasi – Asyraf





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis



Leave a Reply

Your email address will not be published.