Umno Selangor sedia calon Tengku Zafrul, Shahril pada PRU15

Umno Selangor sedia calon Tengku Zafrul, Shahril pada PRU15

Umno Selangor tidak menolak mencalonkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz dan ketua penerangan parti, Shahril Sufian Hamdan, sebagai calon pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Ketuanya Noh Omar berkata, calon muda dan mempunyai kredibiliti tinggi seperti Tengku Zafrul boleh diberi peluang menjadi calon di negeri ini bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN).

Katanya, saranan veteran Umno supaya calon “heavyweight” diberi peluang bertanding di negeri ini juga disambut baik, termasuk ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Isham Jalil, juga berpotensi untuk dicalonkan.

“Kita juga mempunyai pemimpin muda yang hebat seperti Ketua Penerangan Umno Malaysia merangkap Naib Ketua Pemuda, Shahril Sufian Hamdan, yang juga penasihat ekonomi perdana menteri yang boleh diketengahkan.

“Selangor juga mempunyai pemimpin muda yang boleh diketengahkan seperti Ketua Pemuda Umno Selangor, Rizam Ismail dan Imran Tamrin,” katanya menurut laporan Kosmo.

Noh ketika mengulas lanjut berkata, pelantikan bekas ketua penerangan BN Selangor, Isham Jalil dalam MKT membuktikan pemimpin negeri ini bukan saja mendapat tempat dalam saf kepimpinan parti, malah boleh dipertimbangkan sebagai calon PRU15.

Pada 6 Jun, Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook, mengkritik tindakan Tengku Zafrul menjadikan Kuala Selangor sebagai “daerah angkat” oleh Kementerian Kewangan, sekali gus mengukuhkan khabar angin beliau dijangka dicalonkan bertanding di Parlimen itu.

Sementara itu, Noh yang juga menteri pembangunan usahawan dan koperasi, membidas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, yang menyifatkan kerajaan “bangang” apabila bertindak menubuhkan jawatankuasa khas Kabinet bagi menangani harga barang selepas enam bulan rakyat bergelut.

Katanya, Anwar tidak sepatutnya mempolitikkan isu berkenaan jika beliau tidak mengetahui gambaran sebenar tentang inisiatif dilaksanakan kerajaan.

“Dia tak faham tapi dia kata orang bangang. Kalau saya kata dia bangang nanti, macam mana? Dia mungkin tak tahu apa yang dia cakap,” katanya. FMT

Umno Selangor sedia calon Tengku Zafrul, Shahril pada PRU15


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker