Keldai akaun dibayar RM600 seminggu

Keldai akaun dibayar RM600 seminggu

Menawarkan imbuhan sehingga RM600 seminggu adalah taktik digunakan dalam menarik individu untuk dijadikan sebagai keldai akaun, kata Ketua Polis Selangor Arjunaidi Mohamed.

Katanya, sindiket penipuan rata-ratanya menggunakan taktik mencari keldai akaun di media sosial.



Beliau berkata, sebahagian besar individu itu tidak mengenali penjenayah yang menjalankan kegiatan haram berkenaan.

“Keldai akaun kemudian memberi nombor akaun bank untuk disewa, malah ada yang memberikan kad ATM kepada ‘along’.

“Mereka antaranya mungkin terpengaruh dengan imbuhan ditawarkan antara RM100 hingga RM600 untuk setiap kali sewaan akaun,” katanya menurut laporan Kosmo.

Arjunaidi berkata, seramai 1,364 keldai akaun diberkas selepas terbabit sindiket penipuan di Selangor sepanjang enam bulan pertama, tahun ini.



Katanya, berdasarkan statistik menunjukkan semua suspek terdiri daripada 928 lelaki dan 436 wanita berusia lingkungan 20 hingga 40-an.

“Majoriti keldai akaun itu didapati menyedari tindakan mereka menyalahi undang-undang. Individu terbabit ditahan mengikut Seksyen 420 dan 424 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menipu dan bersubahat.

“Sebanyak 60% daripada suspek yang ditahan itu telah didakwa di mahkamah atas kesalahan terutama membenarkan akaun bank digunakan bagi aktiviti jenayah,” katanya.

Pada 11 Mei, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Mohd Kamarudin Md Din, berkata maklumat akaun bank digunakan sebagai keldai akaun akan dikongsi pihak berkuasa itu dengan semua institusi kewangan supaya pemiliknya disenarai hitam daripada membuka akaun baharu.



Maklumat berkenaan juga akan disenaraikan dalam “Portal Semak Mule” JSJK yang boleh diakses melalui https://ccid.rmp.gov.my/semakmule.

“Tindakan tegas akan diambil dengan menangkap mana-mana pihak yang membenarkan akaun bank mereka digunakan sebagai akaun keldai, seterusnya mencadangkan pertuduhan ke atas mereka kepada Jabatan Peguam Negara,” katanya menurut laporan. FMT

Keldai akaun dibayar RM600 seminggu


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam



UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker