Fenomena Awan Bergaris Panjang Dikenali ‘Garis Badai’

Fenomena Awan Bergaris Panjang Dikenali ‘Garis Badai’

KOTA KINABALU: Hujan lebat disusuli fenomena awan yang kelihatan berbentuk garisan panjang di sekitar Putatan dan Kota Kinabalu sehingga menimbulkan tanda tanya netizen di media sosial pada awal pagi Jumaat dikenali sebagai ‘garis badai’.

Pengarah Meteorologi Sabah, Amirzudi Hashim menjelaskan bahawa garis badai yang melanda di kawasan pantai barat Sabah itu ialah barisan ribut petir bergerak yang panjangnya boleh mencapai sehingga ratusan kilometer dan tempoh hayat selama beberapa jam.

“Garis badai menghasilkan langkisau dan hujan lebat yang dahsyat serta meluas berbanding ribut petir individu.

“Garis badai yang berlaku pada awal pagi tadi mula terbentuk di Laut China Selatan berdekatan perairan Brunei pada awal subuh dan bergerak sepanjang Pantai Barat Sabah.

“Hujan mula direkodkan di Stesen Meteorologi Labuan bermula pada jam 5 pagi dan di Stesen Meteorologi Kota Kinabalu bermula pada jam 7 pagi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Katanya lagi, garis badai kerap dilihat ketika monsun Barat Daya di sepanjang pantai Sabah dan Sarawak yang menghadap Laut China Selatan serta barat Semenanjung Malaysia.

“Garis badai biasanya berlaku ketika menjelang subuh dan awal pagi. Namun, garis badai kadang kala boleh terbentuk pada waktu petang dan bergerak ke daratan seiring dengan angin lazim.

“Pada hari ini, angin barat daya berkelajuan antara 20-25 knots bertiup di persisiran pantai barat Sabah. Gabungan antara keadaan atmosfera yang panas dan lembab, bayu darat serta tiupan angin barat daya yang agak kencang menggalakkan pertumbuhan awan kumulonimbus di sepanjang pantai di barat Sabah.

“Keadaan atmosfera dan angin pada hari ini merupakan kondisi yang kondusif bagi pembentukan garis badai,” katanya.

Sebelum itu, beberapa gambar yang dirakam orang ramai serta dimuat naik di media sosial yang memaparkan keadaan awan yang berbentuk garisan panjang di sekitar Kota Kinabalu. SH

Fenomena Awan Bergaris Panjang Dikenali ‘Garis Badai’

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker