Ini 5 momentum diharap jadi kemenangan BN pada PRU15

PENAMPANG – 5 momentum kejayaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini akan menjadi sandaran kepada parti itu untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengingatkan kepada ahli parti bahawa terdapat lima momentum kejayaan BN yang diharap mampu mengembalikan kemenangan kepada BN untuk memerintah semula negara.

“Momentum pertama ialah tujuh Pilihan Raya Kecil (PRK) kita telah menang tujuh PRN iaitu Cameron, Semenyih, Rantau, Slim, Chini, Tanjung Piai dan Kimanis.



“Momentum kedua ialah kemenangan 21 daripada 28 kerusi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, menang tiga per empat atau 75 peratus lebih daripada dua per tiga, manakala momentum ketiga ialah rakan karib BN di Sarawak menang 92 peratus atau 76 daripada 82 peratus.

“Momentum keempat, saya berpatah balik di Sabah dulu ikut susunan daripada hanya satu kerusi jadi 14 kerusi, campur dua dan satu kerusi. 14 menang dua dilantik, satu kembali kepada BN jadi sekarang ini sudah ada 17 kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan momentum terkini ialah kemenangan di Johor 40 daripada 56 kerusi atau 71 peratus juga lebih dua per tiga.

“Jadi dengan lima momentum itu kita harap PRU15 dia kembalikan kemenangan kepada BN untuk negara Malaysia,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan pembukaan Majlis Konvensyen BN Sabah, di Pusat Komersial dan Teknologi Antarabangsa (ITCC), di sini, pada Sabtu.

Diminta mengulas berhubung isu pengundi atas pagar, beliau mahu BN perlu agresif untuk menarik lebih ramai pengundi berkenaan untuk menyokong BN.



“Pengundi atas pagar ini kita katakan sebagai pengundi kelabu dan mereka ini ramai. Mereka memerhati dan membuat penilaian ingin tahu apa parti-parti buat untuk mereka.

“Bagi saya BN perlu agresif dan juga perlu mendekati pelbagai kaedah yang saya sebutkan iaitu dari media sosial untuk pengundi atas pagar atau melalui badan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, isu semasa termasuk kenaikan harga barang antara perkara yang menjadi perhatian pengundi atas pagar walaupun pelbagai subsidi diberikan.

“Ini adalah perkara utama dan pertama ketika ini untuk memastikan harga barang keperluan, jika kita lihat tulisan di media sosial mereka yang di atas pagar itu amat kecewa tentang perkara ini.



“Orang-orang kita menyatakan subsidi itu, subsidi ini memang betul ada RM73 bilion tetapi apa yang mereka inginkan apabila ke pasar harga barang turun atau tidak, nak cari minyak satu kilogram pun ada atau tidak.

“Jadi saya menyeru kepada kerajaan ia adalah keutamaan kita untuk memastikan inflasi turun, harga barang turun dan berkaitan dengan penurunan kos sara hidup,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam



UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker