10 Pemimpin Pakatan Harapan (PH) Dipanggil Isnin Ini

10 Pemimpin Pakatan Harapan (PH) Dipanggil Isnin Ini

Seramai 10 pimpinan Pakatan Harapan (PH) dipanggil untuk siasatan polis pada Isnin ini berikutan himpunan bantah kenaikan harga barang di luar pintu Masjid Jamek Kampung Baru pada Jumaat.

Perkara tersebut disahkan Peguam Biro Hal Ehwal Undang-Undang (KANUN) Parti Amanah Negara (Amanah), Fadhli Umar Aminolhuda.



“Siasatan dikendalikan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan difahamkan siasatan dibuat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Peguam-peguam KANUN akan mengiringi pimpinan yang akan hadir ke IPD Dang Wangi pada hari Isnin jam 10 pagi untuk memberikan keterangan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Pada Jumaat, hampir 100 orang menghadiri himpunan aman yang bermula jam 2 petang sebelum disuraikan oleh anggota polis kira-kira 30 minit kemudian.

Turut hadir pada himpunan itu termasuk Setiausaha Agung Amanah, Datuk Dr Mohd Hatta Ramli; Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Amanah, Faiz Fadzil.

Pada himpunan itu, Amanah memberikan tempoh 11 hari kepada kerajaan untuk menunaikan tiga tuntutan bagi mengatasi isu kenaikan harga.



Pengarah Biro Mobilisasi dan Biro Pengguna Amanah, Mohd Sany Hamzan berkata, tiga tuntutan itu adalah mengembalikan subsidi makanan yang dipotong oleh kerajaan, menghapuskan sistem permit import (AP) makanan dan menuntut kerajaan mengadakan satu sidang khas Parlimen.SH

10 Pemimpin Pakatan Harapan (PH) Dipanggil Isnin Ini

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam



UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker