‘Mana Ada Kem, Satu Kem Saja Dalam UMNO’ – Ismail Sabri Nafi Dakwaan Parti Berpecah

‘Mana Ada Kem, Satu Kem Saja Dalam UMNO’ – Ismail Sabri Nafi Dakwaan Parti Berpecah

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan wujud dua kem dalam UMNO.

Sebaliknya, Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri itu menegaskan parti keramat Melayu itu hanya dipimpin oleh satu kem.



Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) kali ke-42 di Auditorium Balai Ungku Aziz, Universiti Malaya (UM), di sini.

Terdahulu, sebuah akhbar menyiarkan kenyataan penganalisis politik yang berpendapat pendedahan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Rahman mengenai isu dalaman UMNO memperlihatkan parti itu kini berpecah kepada dua kem.

Satu daripada kem itu dikatakan menyokong Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, sementara satu lagi kem menyokong kepemimpinan Ismail Sabri.

Ditanya mengenai usaha menjadi orang tengah untuk memulihkan hubungan antara Tajuddin dan Ahmad Zahid, Ismail Sabri berkata: “Tak timbul isu tengah, tepi ke, sebab perkara itu saya ingat tiada siapa dah bercakap mengenainya.”



Sementara itu, mengulas mengenai keputusan meluluskan pindaan perlembagaan UMNO pula, Ahli Parlimen Bera itu berkata ketika ini parti masih belum menerima sebarang makluman daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

“Belum dapat lagi, dia dalam masa 60 hari, kalau tak silap saya sehingga 16 Julai ini.

“Jadi, sebelum itu masih menunggu lagi,” kata Ismail Sabri.

Pada 15 Mei lepas, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Khas secara rasminya meluluskan usul pindaan Perlembagaan UMNO bagi membolehkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) diberi pilihan menentukan tempoh masa pemilihan parti.



Usul itu diluluskan sebulat suara 2,586 perwakilan UMNO dari 191 bahagian di seluruh negara yang hadir di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC). AA

‘Mana Ada Kem, Satu Kem Saja Dalam UMNO’ – Ismail Sabri Nafi Dakwaan Parti Berpecah

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker