Makmal DNA PDRM bantu selesai 420 kes jenayah berat
Makmal DNA PDRM bantu selesai 420 kes jenayah berat

KUALA LUMPUR: Pemerkasaan Makmal Analisis DNA Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui peruntukan RM11.1 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), berjaya membantu PDRM melaksanakan 420 kes padanan asid deoksiribonukleik (DNA) termasuk bagi kes jenayah berat.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail, bagaimanapun berkata PDRM masih memerlukan penambahan logistik, peralatan dan teknologi bagi memperkukuh lagi keupayaan siasatan, serta membantu menyelesaikan lebih banyak kes yang memerlukan analisis forensik.
“Penggunaan teknologi itu membantu PDRM menelusuri pelbagai petunjuk, khususnya bahan bukti yang mempunyai kaitan dengan sesuatu kes, sekali gus memperkukuh proses siasatan,” katanya kepada media selepas merasmikan 7th National Forensic Science Symposium For Law Enforcement (NAFSLE) 2026, di sini hari ini.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Meor Ismail Meor Akim.
Mohd Khalid berkata, kepakaran Makmal Forensik PDRM juga boleh dimanfaatkan oleh jabatan dan agensi lain yang memerlukan bantuan analisis forensik, justeru peningkatan peruntukan akan membolehkan lebih banyak teknologi baharu diguna pakai pada masa hadapan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lawatan Kerja Ahmad Zahid Kukuh Hubungan Malaysia-Indonesia
- Junjung Keputusan Tuanku… Namun Pandangan Ahli Politik Terlibat Boleh Dipersoal
- Kedah Medan Awal Perpaduan Ummah – Farhan Ahmad
Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Mohd Khalid berkata, rekod 420 padanan DNA itu mencerminkan kejayaan siasatan forensik oleh pegawai forensik, menggunakan peralatan berteknologi tinggi serta aplikasi kecerdasan buatan (AI) yang membantu keluarga mangsa memperoleh keadilan.
Beliau berkata, kerajaan turut mengambil perhatian terhadap lambakan 297,085 sampel tertunggak di Makmal Analisis DNA PDRM bagi tempoh 2021 hingga 2025, yang menjadi antara cabaran utama dalam mempercepatkan analisis bahan bukti.
“Sehubungan dengan itu, kerajaan mewujudkan jawatan fleksi bagi juruanalisis Makmal Analisis DNA PDRM sebagai langkah strategik untuk meningkatkan kecekapan analisis bahan biologi, di samping memastikan proses berkenaan mematuhi piawaian antarabangsa,” katanya.
Menyentuh tema simposium tahun ini, Forensic AI: Connecting the Dots, Mohd Khalid menyeru warga PDRM melakukan anjakan paradigma dengan melihat AI sebagai sekutu strategik dalam siasatan forensik, bukan sekadar alat bantuan.
“AI berpotensi mempercepatkan analisis data serta meningkatkan ketepatan dalam mengenal pasti hubungan antara kes, individu dan lokasi kejadian, namun penggunaannya tetap tertakluk kepada prosedur dan integriti,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perkukuh Industri Koko Negara Melalui Inovasi, Teknologi
- Selepas PAU 2026… Kepercayaan Rakyat Menjadi Amanah
- Kerajaan Wajar Perluas Bantuan Tenaga Solar Ringankan Beban Rakyat – Dr Akmal
Dap Dibidas, Persoal Kenyataan Hannah Yeoh Dalam Isu Pengampunan Najib
Simposium dua hari itu menghimpunkan lebih 300 peserta, menampilkan lapan penceramah jemputan daripada pelbagai agensi dan institusi akademik serta pameran oleh syarikat pembekal teknologi dan peralatan saintifik dari dalam dan luar negara.
Pada majlis sama, turut diumumkan tiga penerima Anugerah Hits of the Year Pusat Data DNA Forensik Malaysia (FDDM) bagi kejayaan memperoleh padanan DNA yang membantu penyiasatan kes jenayah di Selangor, Negeri Sembilan dan Perak.
Makmal DNA PDRM bantu selesai 420 kes jenayah berat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 600kWh Sudah Lapuk, Wajib Nilai Semula – Armand Azha
- Wanita UMNO Pahang, Terengganu Teguh Hormati Proses Pengampunan Najib
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Agenda Malaysia Biru Buka Laluan Pendekatan Pentadbiran Lebih Baik
You must be logged in to post a comment.