Mat Maslan dakwa BN tewas hanya kerana tawaran PAS lebih menarik

 

PONTIAN: Tawaran oleh kerajaan negeri pimpinan Pas yang lebih menarik diakui menjadi punca kegagalan calon Barisan Nasional (BN) merampas kerusi Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Kecil (PRK), semalam.

Menurut Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, tawaran oleh kerajaan negeri Terengganu perlu dianalisis dan dikaji secara  terperinci berbanding lima perkara yang diberikan oleh BN.



“Oleh itu, penganalisis politik perlu melihat dahulu tawaran dan pelaksanaan oleh kerajaan Terengganu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra Bersama Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung Parlimen Pontian di Bangunan UMNO Pontian, di sini hari ini.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian menambah, BN perlu mengakui dengan rendah diri bahawa tawaran kerajaan Terengganu yang selama ini diterima dengan baik oleh rakyatnya.

“Kerajaan Perpaduan dan UMNO tidak perlu berasa  kecewa apabila tewas pada PRK Kemaman apabila calonnya Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor tewas kepada calon Pas. Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Namun tawaran kepada rakyat empat negeri PN melibatkan  Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis itu mesti lebih berkesan, tidak semestinya lebih banyak tetapi dirasai rakyat,” katanya yang juga Timbalan Menteri Kewangan 1.



Pada PRK Kemaman itu, Raja Mohamed Affandi tewas dengan majoriti 37,220 undi kepada Dr. Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu.

Raja Mohamed Affandi yang juga bekas Panglima Angkatan  Tentera memperoleh 27,788 undi, manakala Dr. Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas mendapat 64,998 undi.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siapa cium Siti Saleha?



Individu dakwa Fatin Umaidah dibuang keluarga kerana kahwin dengan Alif Teega

Cium Mimi, Meerqeen beri penjelasan



Tony Eusoff nafi video lucah itu miliknya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker