Khemah Besar: Mahathir salahkan Anwar salahkan Muhyiddin, dua-dua tidak jujur
Mahathir menyifatkan Anwar dan Muhyiddin sebagai “tidak lurus” atau tidak jujur. Ketika ditanya apa pandangan bekas perdana menteri itu terhadap kedua-dua pemimpin itu, Mahathir bagaimanapun hanya mengulas mengenai Anwar.
“Anwar tak dapat sokongan, berapa kali dah dia buat pengumuman, dia nak jadi perdana menteri.
“Tapi tak jadi. Dia tak ada sokongan,” kata ahli parlimen Langkawi itu.
Mahathir berkata dia menerima gagasan “khemah besar” – yang menyatukan semua parti pembangkang semasa pilihan raya umum akan datang – kerana ia satu-satunya cara untuk mengalahkan BN.
Bagaimanapun, dia berkata hanya orang jujur saja yang patut menjadi sebahagian dari “khemah besar”.
“Tetapi kita kena cari orang yang lurus, tidak boleh kalau ada orang masuk politik nak cari duit apa semua. Sorry lah,” katanya.
Saranan “khemah besar” muncul selepas pilihan raya Johor pada Mac yang menyaksikan BN menang majoriti besar walaupun hanya memenangi 43.1 peratus undi popular.
Pilihan raya negeri itu menyaksikan kesemua 42 calon Pejuang hilang wang pertaruhan.
Mahathir berkata Pejuang tidak terlibat dalam sebarang perbincangan konkrit ke arah merealisasikan strategi “khemah besar” setakat ini.
“Tidak ada, tiada mana-mana ahli politik yang menghubungi saya, mungkin melalui orang Bersatu, adalah.
“Cuma, ada dua, tiga parti yang kita dalam kajian, kita tak berani buat keputusan lagi.
“Kita nak tengok pendirian sebab Pejuang ini satu daripada perjuangannya ialah untuk lawan rasuah, kalau orang dalam parti itu nampak terlibat dengan rasuah, kita tak bolehlah nak kerjasama,” katanya lagi.
Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad berkata dia masih lagi perdana menteri jika bukan kerana langkah Presiden PKR Anwar Ibrahim.
Dalam wawancara bersama Utusan Malaysia, Dr Mahathir menjelaskan selepas dia meletak jawatan perdana menteri pada 24 Feb 2020, Yang di-Pertuan Agong perlu memutuskan ahli parlimen yang mendapat sokong majoriti anggota Dewan Rakyat.
“Kalau tak sabit dia (Anwar), saya hari ini jadi Perdana Menteri. Pasal bila saya letak jawatan, Agong mahu setiap 220 ahli parlimen tulis siapa yang mereka pilih. Saya fikir PH akan letak nama sayalah, pasal saya daripada PH.
“Tetapi Anwar kata dia ada banyak sokongan, tapi dia orang (PH) bagi kepada Anwar 92 undi, saya dapat 62, bukan daripada PH, daripada parti lain orang lain saya tak tahu si
“Kalau saya dapat 62, kalau saya juga dapat 92 daripada PH, saya dapat 154, saya jadi perdana menterilah. Tapi dia bagi saya kalah, dia pun kalah,” katanya.
Ini sebabnya Mahathir tidak mahu melihat Anwar dan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dalam “khemah besar” pembangkang.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Chong Wei Nafi Kaut RM329 juta
- Tiada Tarikh Tamat MoU Kerajaan Dan PH – Annuar Musa
- Dr. Akmal Saleh kecewa dengan sikap Annuar Musa dalam Konvensyen BN
- Pondok dari luar dilihat ‘papa’, di dalam mewah tular sehingga luar negara
- PRU-15: Najib harap ‘top 4 UMNO’ bantu PM buat keputusan tepat
- Zuraida sepatutnya berbincang dengan saya dulu – Ismail Sabri
- Akmal Saleh : Orang muda tidak lagi sukar mendapat tempat
- Yusuf Azmi ajak Azwan Ali berjumpa kasi ‘settle’ [VIDEO]
- Setuju khemah besar tanpa Anwar, Muhyiddin – Mahathir
- Adakah Rafizi Menang Kerana Pengundi Hantu?
- 15 tempat untuk tuntut khairat kematian yang wajib anda tahu [Kemaskini 2022]
- Adi Putra punya kekayaan bernilai lebih RM21j?
- Khasiat daun senna yang ramai tidak tahu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]