Tiga bakal jemaah haji Malaysia positif Covid-19

Gambar Hiasan**

SEPANG – Tiga bakal jemaah haji dalam kumpulan pertama yang dijadual berlepas ke Tanah Suci pada Sabtu didapati positif Covid-19 selepas melakukan ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).

Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman berkata, kesemua mereka kini sedang menjalani kuarantin mengikut tempoh yang ditetapkan.

“Kerajaan Arab Saudi menetapkan bahawa hanya jemaah yang negatif PCR sahaja dibenarkan tunai haji.

“Begitu juga syarikat penerbangan menetapkan bahawa mereka yang negatif sahaja dibenarkan meneruskan penerbangan,” katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.



Mengulas lanjut, katanya, setelah selesai menjalani tempoh kuarantin, pihak TH akan membantu jemaah tersebut untuk menunaikan haji sekiranya ujian PCR seterusnya didapati negatif.

“Jika ujian PCR yang dilakukan sekali lagi negatif dan penerbangan masih ada, kita akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan kerusi kosong untuk membawa mereka ke Tanah Suci.

“Apa yang penting diharapkan bakal haji harus teliti dari segi mengambil PCR 56 jam sebelum waktu lapor diri,” ujarnya.

Tambahnya, bagi pasangan pula, sekiranya salah seorang didapati positif Covid-19, terpulang kepada mereka untuk meneruskan perjalanan atau sebaliknya.



“Kalau pergi berasingan mereka akan ditempatkan di hotel yang berlainan. Jadi ia akan menjadi sedikit rumit ketika mereka berada di sana nanti,” ujarnya.

Menurut Syed Saleh, persiapan haji pada tahun ini berjalan dengan lancar meskipun ia dibuat dalam tempoh yang singkat kerana pengumuman dibuat agak lambat.

“Ini hasil dari penyelarasan yang kita buat bersama dengan pelbagai agensi terlibat dalam proses operasi haji di tanah air.

“Saya bersyukur kerana jemaah haji beri kerjasama yang baik kepada pihak TH. Ia melancarkan lagi proses yang perlu dilakukan dari awal sehingga pada hari penerbangan,” ujarnya.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]



 

Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker