Annuar Musa dibidas lagi kerana ulangi suara DAP

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Barisan Nasional (BN) mempersoalkan mengapa Annuar Musa kelihatan seolah-olah mengulangi DAP dalam komennya mengenai persefahaman politik antara kerajaan Ismail Sabri Yaakob dan Pakatan Harapan (PH).

Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil berkata, Majlis Kerja Tertinggi Umno sudah memutuskan untuk tidak menyokong pelanjutan perjanjian politik dalam bentuk memorandum persefahaman (MoU) selepas 31 Julai, dengan perdana menteri sebelum ini menyatakan kerajaan akan turut mengambil keputusan sama.

“Annuar bukan ahli Majlis Kerja Tertinggi dan mesti mematuhi sebarang keputusan yang dibuat. Beliau tak sepatutnya ikut kehendak hatinya sendiri,” kata Isham.

“Bagaimanapun, kata-katanya nampaknya seperti mengulangi komen pemimpin PH seperti Loke SieIsham w Fook daripada DAP.”



Terdahulu, Annuar berkata, tiada tarikh tamat bagi MoU antara kerajaan dan PH, dan kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) sebelum 31 Julai ini.

Loke, yang juga setiausaha agung DAP, sebelum ini berkata, 31 Julai tidak boleh dianggap sebagai tarikh akhir kerana kerajaan boleh mengambil masa tambahan untuk melaksanakan pembaharuan yang dipersetujui dalam MoU itu.

Isham berkata, Annuar adalah antara anggota BN yang tidak mahu pilihan raya umum akan datang (PRU15) diadakan dalam masa terdekat.

Annuar, yang juga menteri komunikasi dan multimedia, mesti mengutamakan kepentingan rakyat dan Umno berbanding berpaut pada jawatan menterinya, kata Isham.



Tambahnya, pilihan raya awal akan menamatkan ketidakstabilan politik dan memulihkan ekonomi.

Bagaimanapun, Naib Presiden Umno Khaled Nordin berkata, tarikh MoU tamat tidak penting. Apa yang dipentingkan parti itu, katanya, adalah tarikh PRU15 diadakan.

Pada Rabu, Ismail berjanji tidak akan menangguhkan PRU15 sebaik sahaja BN bersedia
.
Tambahnya, beliau akan berbincang dengan pucuk pimpinan Umno dan pemimpin gabungan itu mengenai tarikh pilihan raya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

 

Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker