Keluarga Bermata Biru Menawan Curi Tumpuan



Keluarga Bermata Biru Menawan Curi Tumpuan

BALING: Sebuah keluarga di Kampung Chenerai di sini mencuri tumpuan berikutan dianugerahkan anak mata berwarna biru sejak lahir.

Siti Eshiah Ismail, 73, yang mesra digelar ‘tok’ menjelaskan, pernah ditanya sama ada kerap menonton filem atau meminati aktres ‘Hollywood’ sehingga menyebabkan anak kedua daripada empat beradik, Ahmad Zailani Dollah, 52, memiliki mata berwarna biru.

“Bila pi kenduri depa (mereka) tanya, tok tengok cerita orang putih ka?

“Masa tu mana ada televisyen…mata tok pun biru, tetapi warna hitam lebih besar dari biru, lama-lama jadi kelabu,” katanya.




Menurut Siti Eshiah, arwah ibunya turut memiliki warna mata sepertinya iaitu hitam dan biru.

“Tok tak pasti ada perkahwinan campuran atau keturunan dari negara lain sebab orang tua dulu tak pernah cerita apa pun, tetapi penduduk di sini ada juga asal-usul dari negara Thailand,” jelasnya.

Keadaan mata Siti Eshiah yang berwarna biru dan hitam, lama-kelamaan semakin kelabu. – Foto Sinar Harian

Katanya, dua orang sepupu Ahmad Zailani turut memiliki keistimewaan sama, namun hanya sebelah mata berwarna biru manakala sebelah lagi berwarna hitam.

Siti Eshiah bagaimanapun tidak terduga apabila dua orang cucunya, Umi Aqilah, 19, dan Muhammad Safwan, 13, turut mewarisi bapa mereka, dianugerahkan sepasang mata berwarna biru.

Umi Aqilah yang mewarisi mata warna biru seperti neneknya, Siti Eshiah. – Foto Sinar Harian

Umi Aqilah yang kini sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika ditemui menjelaskan, ramai rakan teruja melihat matanya dan tidak kurang juga yang ingin bergambar bersama.




Gadis jelita yang merupakan bekas pelajar aliran khas Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar, Sungai Petani berikutan masalah pendengaran dan pertuturan, menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi memiliki mata menawan yang memukau sesiapa sahaja yang melihatnya.

Meminati bidang kulinari dalam penyediaan kek dan pastri, Umi Aqilah menyatakan keinginan melanjutkan pengajian dalam kemahiran berkenaan sekiranya diberi peluang.

Gadis berusia 19 tahun ini berhasrat melanjutkan pengajian dalam bidang kulinari. – Foto Sinar Harian

Sinar Harian yang mengunjungi keluarga itu di rumah mereka, terpaksa berkomunikasi secara tulisan bagi membolehkan Umi Aqilah yang sentiasa tersenyum, menjawab pertanyaan wartawan.

Agak pemalu pada permulaan, anak keempat daripada tujuh beradik itu sebenarnya mudah mesra setelah didekati.

Adiknya, Muhammad Safwan yang merupakan anak kelima, belajar Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Siong, Baling, Kedah.




Menurutnya, disebabkan mempunyai kelainan warna mata menyebabkan dia sering menjadi tumpuan ketika berada di sekolah mahupun di luar.

Umi Aqilah (tengah) bersama Siti Eshiah dan Eshah (kanan) ketika ditemui di rumah mereka di Baling, Kedah. – Foto Sinar Harian

Oleh kerana sentiasa diingatkan agar merendah diri dan bersyukur dengan anugerah tersebut, mereka tidak pernah menghampakan permintaan orang ramai yang ingin bergambar bersama.

Katanya, sejak kecil dia sering menjadi tumpuan, namun gembira apabila rakan dan guru tidak pernah membezakannya dengan orang lain.

Sementara itu, ibu mereka, Eshah Mat Hassan, 45, berkata, dia hanya menyedari mata anak berwarna biru semasa dalam pantang selepas melahirkan.

“Tidak terkejut sebab ayah mereka (suami) dan tok (ibu mertua) pun mata biru,” jelasnya.




Eshah berkata, dia pernah ditegur apabila orang sekeliling menganggap mereka memakaikan kanta lekap pada kedua-dua anak yang masih kecil kerana boleh merosakkan mata.

“Pernah juga orang tegur masa bawa anak ke klinik sebab demam, mereka kata demam sampai biru naik ke mata.

“Saya beritahu, mata anak memang dah biru semula jadi sejak lahir,” katanya.-SH

Keluarga Bermata Biru Menawan Curi Tumpuan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

 

 



Leave a Reply

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: